PEMIKIRAN UMMAH CENTRIC : SATU KEKELIRUAN YANG DISENGAJAKAN

April 17th, 2006 by shark

OLEH : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi

Setakat ini , sudah melebihi 40 kali saya dihujani persoalan dan pertanyaan mengenai Pemikiran Ummah Centric . Kebanyakkannya daripada rakan - rakan mahasiswa - mahasiswi dalam dan luar negara .

Sebelum ini saya telah diajukan beberapa hujjah mengenai Ummah Centric . Peringkat awal , saya melihat nada mereka dengan pembawaan istilah ini agak menarik .

Tetapi setelah saya melihat dan memerhati bagaimana istilah ini atau pemikiran ini dirumus dan diolah serta saya meneliti jua bagaimana pemikiran ini dihasilkan dan bagaimana penterjemahannya , saya berkesimpulan bahawa satu kekeliruan telah diwujudkan atau dilontarkan ditengah - tengah kejernihan Amal Jamaei dan para pencintanya .

Keresahan dan kegelisahan para aktivis Harakah Islamiyyah terhadap perkembangan ini , mendorong saya mengemukakan satu sorotan serius serta penegasan agar kekeliruan disingkap dan ketidak-jujuran disita .

MUQADDIMAH.


Pemikiran Ummah Centric yang dikemukakan dewasa kini , dilihat sebagai satu percubaan untuk merombak tambatan intima’ tanzimi ( penglibatan secara bertanzim ) terhadap jamaah .


Ianya dilihat demikian apabila pemikiran Ummah Centric diperkenalkan tanpa intima’ terhadap jamaah , sebaliknya pemikiran Ummah Centric diterjemah sebagai " tidak terikat dengan jamaah serta boleh menyertai dan menjadi ahli kepada sebahagian atau semua jamaah yang wujud " .


Sementara mereka yang memberikan intima’ kepada jamaah dianggap berfikiran Jamaah Centric yang perlu dihakis .


Bagi menjelaskan isu ini , terlebih dahulu saya merasakan perlu dipertegaskan pengertian umum mengenai jamaah dan persoalan sekitarnya .


KEWAJIBAN BERINTIMA’ KEPADA JAMAAH


Perjuangan Islam dilangsungkan secara berjamaah . Tiada siapa yang boleh menafikan penegasan ini justeru ia sabit melalui nas yang diwahyukan oleh Allah swt. jua sirah perjuangan baginda saw. Firman Allah swt. yang bermaksud :


Sesungguhnya Allah suka ( redho ) terhadap orang – orang yang berjuang di jalanNya sebagai satu saff , seolah – olah mereka adalah satu binaan yang kukuh , tersusun rapi .


Surah As Saff : 4


Mafhum mukhalafah dari ayat di atas ialah ” Allah tidak suka ( murka ) terhadap orang – orang yang berjuang dalam banyak saff ” begitu juga terhadap mereka berjuang berseorangan tanpa membentuk saff .


Dr. Yusuf Al Qaradhawi di dalam kitabnya Aulawiyyatul Harakatil Islamiyyah Fi Marhalatil Qaadimah[1] , ketika menjelaskan Ayat 4 dari surah saff menegaskan : ”……. dan tidak dapat tidak bahawa gerakerja amal islami ( perjuangan islam ) dilaksanakan secara :


Jamaei yang bertanzim ( organisasi yang bersistem )
pula bergerak dengan kepimpinan yang bertanggungjawab
aktivis yang bersedia melaksanakan tugas , ( on call )
kefahaman yang jelas
membentuk hubungan kepimpinan dan aktivis yang erat
bertitik tolak pula dari syura yang wajib diberi komitmen
ketaatan yang wajib dengan tidak membuta tuli .


Sabda Rasulullah saw.:


عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى هَذِهِ الأَعْوَادِ أَوْ عَلَى هَذَا الْمِنْبَرِ مَنْ لَمْ يَشْكُرْ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرْ الْكَثِيرَ وَمَنْ لَمْ يَشْكُرْ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَالتَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللَّهِ شُكْرٌ وَتَرْكُهَا كُفْرٌ وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ[2]


Dari Nu’man bin Basyir telah berkata : Rasulullah saw. telah bersabda di atas mimbar ini : Barang siapa tidak bersyukur dalam keadaan sedikit ( sedikit perolehan ) , nescaya ia tidak akan bersyukur dalam keadaan banyak ( banyak perolehan ) dan barangsiapa yang tidak tahu bersyukur ( berterima kasih ) kepada manusia , nescaya ia tidak bersyukur kepada Allah azza wa jalla dan menyebut – nyebut tentang nikmat Allah itu adalah tanda syukur sementara meninggalkannya adalah tanda kufur dan Jamaah adalah rahmat sementara berpuak – puak pula adalah azab .


Riwayat Imam Ahmad


عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ وَهُوَ مِنْ الاِثْنَيْنِ أَبْعَدُ مَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزَمْ الْجَمَاعَةَ


Wajib ke atas kamu berjamaah dan berwaspadalah terhadap gejala berpuak – puak , justeru sesungguhnya syaithan bersama orang yang bersendirian sementara syaithan berada sangat jauh dari orang yang berdua , barangsiapa yang mahu tempat teristemewa di tengah-tengah syurga ( kerakyatan ) syurga maka hendaklah ia melazimi ( mewajibkan diri ) bersama Jamaah .


Riwayat Imam Tarmizi[3]

Para

Ulama’ turut berhujjah dengan menggunakan kaedah feqh bagi menjelaskan kewajipan muslim memberi intima’ terhadap jamaah , setelah dilihat bahawa Jamaah adalah merupakan satu wasilah penting untuk mengembalikan Khilafah Islamiyyah yang runtuh .


Fungsi jamaah akan menyatukan ummah dengan kepimpinan dan gerak kerja amal Islami yang sistematik . Tanpa jamaah ( organisasi berkepimpinan ) , ummah tidak mungkin dapat diikat dengan pengarahan terancang dan strategik untuk melahirkan satu gerakan dan kebangkitan bagi memperjuangkan Islam , sedang mendaulatkan syariat dan mendirikan Khilafah Islamiyyah itu adalah wajib .


Maka menubuhkan jamaah dan memberikan intima’ kepadanya dihukum wajib berasaskan kaedah feqh :


مَا لاَ يَتِمُّ اْلوَاْجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاْجِبٌ


Suatu yang tidak sempurna kewajipan melainkan dengannya , maka sesuatu itu menjadi wajib .


Begitu juga dengan Firman Allah swt. yang bermaksud :


…. dan hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan dan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan .


Surah Aali Imran : Ayat 104


Al Imam Allusi Rhm. di dalam Ruuhul Ma’ani ketika menafsirkan ayat ini , menegaskan pengertian ummah di dalam ayat ini ialah individu yang bergandingan ( membentuk satu jamaah ) melaksanakan tanggungjawab tersebut .


Ibnu Katheer Rhm menyebut : ….dan maksud dari ayat ini ialah , bahawa hendaklah ada satu golongan ( firqah / jamaah ) daripada ummah ini melaksanakan tanggungjawab tersebut .


Ayat di atas , sungguhpun menggunakan perkataan ummah , ini tidak bermakna Allah melepaskan tanggungjawab terbuka kepada ummah tanpa wujud satu gerakkerja yang terancang dikalangan ummah untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut .


Gerakkerja terancang dan sistematik , adalah satu keperluan asasi dan bersifat principle untuk menjayakan perlaksanaan tanggungjawab yang termaktub di dalam ayat di atas : ( iaitu )


1. Dakwah Islamiyyah
2. Perlaksanaan Syariat ( Amar Makruf )
3. Mencegah kemungkaran


Saiyidina Ali karramallahu wajhah pernah menegaskan :


اَلْحَقُّ بِدُوْنِ النِّظَام يَغْلِبُهُ اْلبَاطِلِ بِالنِّظَام


Kebenaran tanpa tanzim ( penyusunan terancang / sistematik ) akan dikalahkan oleh kebathilan yang mempunyai perancangan penuh sistematik .


Gerakkerja terancang inilah memerlukan satu pembentukan Jamaah yang Munazzamah , mempunyai kepimpinan yang berwibawa dan diikat dengan intima’ yang berasaskan ketaatan kepada jamaah dan pimpinannya yang memperjuangkan Islam.


Saiyidina Omar Al Khattab rha. menyebut :

لاَ إِسْلاَمَ إِلاَّ بِجَمَاعَةٍ وَ لاَ جَمَاعَةَ إِلاَّ بِإِمَارَةٍ وَ لاَ إِمَارَةَ إِلاَّ بِطَاْعَةٍ .


Tiada Islam tanpa Jamaah dan tiada Jamaah tanpa Kepimpinan dan tiada Kepimpinan tanpa Taat .


Lebih terasa keperluan Jamaah ini setelah kejatuhan Khilafah Islamiyyah terakhir pada tahun 1924 yang lalu , ulamak yang memahami tanggungjawab untuk mengembalikan semula Khilafah Islamiyyah yang runtuh telah merancang dan membentuk Jamaah Islamiyyah atau Harakah Islamiyyah sebagai wadah ummah untuk berjuang dengan teliti dan strategi guna mengembalikan Khilafah tersebut .


Bermula 1928 apabila tertubuhnya Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir yang ditubuhkan oleh Imam Hassan Al Banna , maka kesedaran berjamaah ini mula tersebar keseluruh pelusuk dunia . Akhirnya pelbagai Gerakan Islam muncul di serata dunia , yang berjuang dengan matlamat yang sama kearah mendaulatkan Syariat Allah dan mengembalikan semula Khilafah yang telah runtuh . Bahkan di Mesir sendiri wujud pelbagai Jamaah Islam dengan pelbagai pendekatan dan penampilan .


FENOMENA TAADUD JAMAAH .( Sepintas lalu …)


Dibolehkan Taadud namun BERSYARAT


Syeikh Mustafha Masyhur: Adapun kewajipan dan pendirian kami tentang jemaah-jemaah (selain Ikhwan Muslimin) ialah apa yang diperluaskan oleh Agama Islam daripada sifat kasih sayang, mawaddah, nasihat-menasihati, bantu-membantu diatas dasar kebajikan dan mengelak perselisihan dan pertelingkahan serta berusaha untuk bersatu.[4]


Syeikh Said Hawwa: Kami menyedari bahawa berbilang-bilang pertubuhan mungkin boleh ditubuhkan dan boleh ada dalam satu Negara. Pertubuhan - pertubuhan ini mungkin Parti politik semata – mata , mungkin pertubuhan kebajikan, pertubuhan ilmuan dan tarbiah yang dihimpunkan diatas sifat Islamiah.[5]


Dr Solah Shawi: Sesungguhnya taadud yang diterima dilapangan Amal Islami ialah taadud takhassus dan tanawwu’ bukannya taadud tudhod wa tanaqud. Adapun taadud yg memecahkan wala umat Islam,melaknati sesama manusia merupakan wabak dan kecelakaan yg mengubah waqie kepada tersebar fitnah dan membuka jalan kepada pandangan untuk mula beruzlah.[6]


Dr Yusof Qaradhawi: Tiada halangan taadud jemaah yg beramal untuk Islam, selagimana terdapat keuzuran untuk mewujudkan sebuah kesatuan disebabkan kelainan matlamat, manhaj, fahaman dan thiqah kepada setengah yg lain berdasarkan kepada taadud takhassus dan tanawwu’ dan bukan taadud tudhod dan tanaqud.Semuanya wajib berdiri dalam satu sof pada setiap perkara yg mengembalikan ketuanan Islam, Aqidah Islamiah dan keizzahan umat Islam.[7]


Taadud yang TIDAK dibolehkan .


Syeikh Fathi Yakan: Lapangan Islam telah menyaksikan kelahiran harakah – harakah ,tanzim - tanzim diatas ruang lingkup yg luas. Meskipun sesetengah berpendapat dan mengira taddud jemaah sebagai fenomena sihat, saya menganggap taadud sebagai fenomena berpenyakit dan bahaya serta diperingatkan dengan akibat - akibat yang maha dahsyat yg tidak diketahui penghujungnya melainkan Allah.[8]


Syeikh Husin Muhsin Ali Jabir: Saya bersetuju bahawa taadud jemaah pada umat Islam adalah suatu yg batil dan wajib dihapuskan.Sesungguhnya kewajipan pada keyakinan saya bahawa wajib dicurahkan segala tenaga umat Islam didalam satu bahtera dan satu hala tuju sahaja.[9]


Syeikh Mustafa Masyhur, Dr solah Shawi, Dr Yusof Qaradhawi, Said Hawwa: ( Tidak dibenarkan sama sekali taadud seandainya jemaah yg baru ditubuhkan tersebut: tidak mengikuti ketetapan Syarak dan timbul pecah belah serta dendam kesumat juga ditubuh atas dasar tak puas hati antara satu sama lain )


Pendapat yang RAJIH.


Tidak boleh taadud jemaah. Adapun Ulamak yg benarkan taadud dengan BERSYARAT sebenarnya meraikan suasana dan kenyataan taadud yg terjadi di Negara - negara umat Islam. Rasulullah saw sebenarnya secara jelas telah menyatukan umat Islam dalam satu jemaah sahaja dan bukannya berbilang jemaah. Walaupun Ulamak - ulamak ada menyatakan boleh , tetapi SYARAT - SYARAT yg disebutkan perlu difahami dengan jelas agar tidak dipergunakan sebagai alasan bagi mewujudkan jemaah yang baru pula didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap Jamaah Islam yang sebelumnya. Kehendak ulamak tersebut adalah tidak boleh taadud bila SYARAT yg digariskan tidak terlaksana.


KLASIFIKASI JAMAAH .

Jamaah adalah umum . Di sana ada Jamaah yang tidak menepati sifat Harakah Islamiyyah atau Jamaah yang bergerak dan berjuang menyebarkan agama Allah, mendidik ummah dan memimpin mereka serta berjuang dalam skop Islam yang Syumul kearah mendaulatkan syariat Allah swt dan mengembalikan Khilafah Islamiyyah di muka bumi ini .


Sebaliknya Jamaah ini hanyalah mengambil satu juzuk yang kecil daripada amal islami seperti Jamaah Kebajikan yang hanya mengurus soal kebajikan anak – anak yatim , khairat kematian dan seumpamanya .

Ada

pula Jamaah yang hanya mengambil aspek mengajak masyarakat berbuat baik tanpa melihat kepentingan perlaksanaan undang – undang syariat serta tidak juga melihat kepentingan bertindak menentang kemungkaran . Mungkin dengan alasan kalau semua orang sudah menjadi baik , maka secara automatiknya mungkar akan hilang .

Ada

pula Jamaah yang hanya berlegar di ruang hawa dingin dengan pembentangan kertas kerja – kertas kerja Ilmiah di bilik seminar dan simposium . Membincangkan permasaalahan Islam penuh teoritik tanpa terjun ke

medan

berhadapan dengan permasaalahan ummah yang sebenar dan bergelumang pula dengan segala konflik yang dihadapi oleh ummah .


Ada Jamaah yang terhenti di atas majlis – majlis ibadah seperti wirid zikir , selawat dan berqasidah serta solat nawafil yang banyak tanpa mengambil kira penyakit barah yang dialami oleh masyarakat dan ancaman moral serta aqidah yang melingkari daerah mereka .


Ada Jamaah yang mungkin telah melakukan pelbagai aktiviti amal islami , tetapi mereka akur dan tunduk kepada pemerintah yang enggan melaksanakan syariat Allah swt. dan melakukan maksiat serta menaja mungkar yang meleka dan melalaikan ummah dengan alasan , ruang untuk mereka melakukan amal islami masih terbuka , sementara pihak yang lain masing – masing ada tanggungjawab masing – masing untuk menjaga akhlak dan aqidah .


Begitulah pelbagai warna Jamaah yang wujud .


Persoalannya , adakah jika kita memilih salah satu Jamaah lalu memberikan Intima’ Tanzimi kepadanya , iaitu kepada Jamaah yang jelas memperjuangkan Islam yang syumul , merangkumi segala aspek tuntutan Islam seperti Jamaah yang berjuang menegak yang Makruf dan menentang kemungkaran , berdakwah mengajak masyarakat kembali kepangkuan Ilahi dan memimpin mereka , yang menggerakkan semangat jihad disegenap lapangan termasuk pendidikan , ekonomi dan sebagainya maka ia di kira sebagai Jamaah Centric .


Berkemungkinan sukar untuk memperolehi Jamaah yang sempurna begitu , tetapi sekurang – kurangnya ada jamaah yang dilihat hampir dengan kriteria Jamaah yang dikehendaki oleh Allah swt. dengan 5 sifat yang Allah gariskan dalam surah Al Maidah Ayat 54 berbanding Jamaah yang kedudukan mereka sangat jauh dari garis sempadan ilahi .

Firman Allah swt. yang bermaksud :


Wahai orang – orang yang beriman ! sesiapa yang berpaling dikalangan kamu dari agamanya maka nescaya Allah swt akan mendatangkan satu golongan :


1. Allah kasih kepada mereka , mereka kasih kepada Allah swt.
2. Bersikap lunak sesama orang yang beriman
3. Bersikap tegas terhadap orang – orang yang ingkar
4. Mereka berjihad dijalan Allah swt dan
5. Mereka tidak takut celaan orang – orang yang mencela .


Demikian itu kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah swt. adalah Tuhan yang Maha luas PembendaharaanNya lagi Maha Mengetahui .


Surah Al Maidah : 54


Apakah kita tidak boleh membezakan Jamaah yang berjihad di jalan Allah swt. untuk mendaulatkan syariat Allah dengan Jamaah yang tidak berjuang untuk mendaulatkannya .


Apakah kita tidak boleh membezakan Jamaah yang berani berkata benar demi menegakkan agama Allah dengan Jamaah yang tunduk dan takut kepada penguasa yang zalim dan angkuh .


Sebaik sahaja kita mengenali Jamaah yang lebih hampir kepada kehendak syara’ , lalu kita memberikan Intima’ kepadanya tetapi tidak kepada yang lain , maka adakah ia dianggap bersikap Jamaah Centric ?


Apakah mereka pula tidak bersifat Ummah Centric , kerana mereka tidak meletakkan sebelah lagi kaki mereka dalam Jamaah yang lain ?


AMAL JAMAEI BUKAN JAMAAH CENTRIC


Apabila Jamaah dibentuk , ia semestinya dibentuk bersama manhaj dan system perkaderannya yang tersendiri berasaskan struktur amal jamaei . Ini diakui sendiri oleh Al Marhum Mustafa Masyhur di dalam buku kecilnya : Bainal Qiyadah wal Jundiyyah a’la Toriqid Dakwah .


Pemimpin dan anggota yang bekerja serta berjuang menegakkan Islam dan martabat ummah berasaskan manhaj dan sytem perkaderan Jamaahnya , bukanlah bersifat Jamaah Centric malah tidak boleh pun dianggap bersifat Jamaah Centric .


Jamaah Centric hanya boleh disifatkan kepada mereka , apabila mereka berjuang untuk kepentingan Jamaah mereka bukan untuk kepentingan Islam , untuk pengaruh Jamaah mereka bukan untuk pengaruh Islam , untuk menegakkan Jamaah mereka bukan untuk menegakkan Islam .


Adapun mereka yang berjuang menegakkan Islam dan martabat ummah melalui wadah atau platform Jamaah dengan memberi intima’ kepada Jamaah mereka serta taat kepada pemimpin Jamaah mereka ( selama mana tidak disuruh melakukan maksiat ) , sekali – kali tidak boleh disifatkan sebagai Jamaah Centric . Sekalipun mungkin mereka tidak boleh menerima kehadhiran Jamaah tertentu di persada perjuangan .


Sebab mereka bukan berjuang untuk Jamaah mereka , tetapi untuk Islam dengan menjadikan Jamaah mereka sebagai wadah atau Platform . ( sementara kepentingan dan kewajipan wujudnya wadah atau platform ini telah terdahulu perbahasan kita . )


Sikap tidak menerima Jamaah lain , seandainya diambil berasaskan dalil syara’ maka ia tidak mengapa , sebab di

sana

tidak semua Jamaah yang boleh diterima menurut pandangan syara’.


Pengalaman dalam perjuangan untuk mengakkan Islam di muka bumi ini , terlalu banyak kita bertemu dengan Jamaah Parasit sekalipun mereka juga mendakwa sebagai Jamaah Islam .


Kita tidak boleh mengiktiraf sesebuah Jamaah itu sebagai Jamaah Islam semata – mata mereka mendakwa mereka adalah Jamaah Islam , tetapi mesti dirujuk kepada dalil dan nas . Apakah mereka menepati Jamaah yang memperjuangkan Islam .


Realiti ini bukan pula bermakna kita merasakan hanya Jamaah kita sahaja yang betul . Sebaliknya Kita bersedia dan mesti bersedia untuk bekerja sama dengan pelbagai pihak atau Jamaah yang benar – benar memperjuangkan Islam .


Kita juga bersedia untuk menerima teguran , pandangan dan pembaharuan yang positif demi kebaikan perjuangan Islam .


Sememangnya Amal Jamaei tidak mengajar kita agar merasakan apa yang kita lakukan lebih baik daripada orang lain , malah tidak juga mengajar kita agar bermusuh dengan jamaah – jamaah Islam yang lain . Ini adalah akhlak Islam dan akhlak berjamaah yang sememangnya wujud dan diamal sebelum hadhirnya istilah Ummah Centric .


PEMIKIRAN UMMAH CENTRIC .


Persoalan yang timbul ialah : apakah maksud sebenar Ummah Centric ?


Kalau sekadar untuk menekankan agar anggota Jamaah mestilah menerima Jamaah yang lain , tidak menghina Jamaah yang lain , tidak menganggap Jamaah sendiri lebih hebat dan seumpamanya , maka itu semua adalah silibus Amal Jamaei dan skima pentarbiyyahan yang dilalui oleh anggota Harakah Islamiyyah .


……. atau Ummah Centric itu bermaksud seorang muslim tidak perlu memberi intima’ kepada Jamaah , sebaliknya boleh menyertai mana – mana Jamaah tanpa intima’ dengan alasan Jamaah hanyalah medan amal . Lantas di dalam Jamaah mana sekalipun kita berada , kita boleh beramal atau kita boleh beramal di dalam mana – mana Jamaah sekali pun .


Pengertian Ummah Centric seperti ini hanyalah merosakkan Intima’ Tanzimi dan wala’ kita terhadap perjuangan Islam dan gerakkannya .


Bukankah telah ditegaskan tadi , bahawa perjuangan Islam mesti diurus selia secara munazzamah dan ditadbir dengan sistematik dan terancang . Realiti ini memerlukan pengarahan dari kepimpinan yang thiqah , ditaati dan diberi wala’ ( kesetiaan untuk berjuang dan melaksanakan tanggungjawab perjuangan ) Jika tiada intima’ , wala’ dan taat , bagaimana pula perjuangan tersebut hendak diurus ? (
Rujuk Lampiran bertajuk : Tuntutan Wala’ dan Baiah )


Sebagai contoh saya bawakan disini . mereka yang sebelah kaki dalam Jamaah dan sebelah kaki lagi dalam Jamaah yang lain , bagaimana mereka mengurus perjuangan seandainya datang dua arahan bertindak dalam satu masa ? Bagaimana pula keadaannya jika tangan kanannya di dalam jamaah ketiga dan tangan kirinya di dalam jamaah keempat ?


Mentaati satu arahan dan mengabaikan satu arahan yang lain ? atau mentaati satu arahan dan mengabaikan 3 arahan yang lain . Persoalannya , arahan yang ditaati tidak mengapa , tapi bagaimana pula dengan arahan yang diabaikan ? Situasi yang seperti inilah yang akan menimbulkan fitnah kepada pejuang dan juga kepada perjuangannya .


PEMIKIRAN PARASIT CENTRIC .


Apa yang saya bimbang ialah pemikiran Ummah Centric adalah bertujuan untuk menghalalkan pemikiran Parasit Centric yang boleh tumbuh dan wujud dimana – mana Jamaah tetapi membawa agenda sendiri . ( My Centric )


Contoh kedua yang saya bawa dan ini adalah pengalaman di pentas perjuangan.


Seorang muslim berlatar belakangkan Jamaah A menyertai Jamaah B . Penyertaannya menghasilkan kepercayaan umum dari Jamaah B sehingga diberi amanah menjadi salah seorang dari pemimpin Jamaah B . Atas semangat ummah centric , ia tidak perlu seratus peratus memberi intima’ dan wala’ kepada Jamaah B .


Seketika , berlalu beberapa masa , ia keluar negara untuk urusan ”perjuangan” . Malangnya ia hanya berjumpa dengan mereka dari Jamaah A di luar negara tidak pun bertemu dengan mereka dari Jamaah B sedang di tanahair , beliau adalah pemimpin Jamaah B. ( sikap beliau di dalam negara bersama Jamaah sangat berbeza dengan sikap beliau di luar negara . )


Dari apa yang berlaku dalam contoh diatas , ini menunjukkan beliau bukan lagi berfikiran ummah centric tetapi telah menjadi Parasit Centric .


PENUTUP


Saya hanya ingin menekankan sekali lagi , bahawa Amal Jamaei ( kerja berjamaah ) dengan segala manhaj dan sistemnya tidak boleh disifatkan sebagai Jamaah Centric , demikian juga kita tidak memerlukan pemikiran Ummah Centric sebagaimana yang diperkenalkan , justeru Amal Jamaei telah mengajar kita bagaimana membina sikap terhadap Jamaah Islam yang lain .


Apa yang menjadi keperluan dan keutamaan kepada setiap anggota Jamaah ialah memahami konsep Amal Jamaei dengan betul dan tepat . Nescaya kita akan bertemu dengan pelbagai kaedah yang cukup baik dan berkesan .

Menjadikan kita anggota Jamaah yang baik , memberi Intima’ , thiqah dan ketaatan yang benar kepada Jamaah Islamiyyah ( Harakah Islamiyyah ) dan pimpinannya serta wala’ dan baiah kepada perjuangan Islam yang disertai.


Dalam masa yang sama , kita berlapang dada dan bertolak ansur serta saling bantu membantu tanpa sebarang rasa curiga , apalagi hasad dan dendam terhadap sahabat seperjuangan yang berlainan wadah dan platform , Asal saja mereka benar – benar memperjuangkan Islam dan tidak berpura- pura dalam persahabatan .


Lampiran untuk Pemikiran Ummah Centric : Satu Kekeliruan yang di Sengajakan .


TUNTUTAN WALA’ DAN BAI’AH


Wala’


Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;


Memberikan kasih-sayang
Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
Mengangkat sebagai pemimpin,
Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu,
Memberi kepercayaan,
Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan


Allah swt. berfirman:


إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُوْلُهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا الَّذِيْنَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَ يُؤْتُوْنَ الزَّكَاْةَ وَ هُمْ رَاْكِعُوْنَ

وَ مَنْ يَتَوَلَّى اللهَ وَ رَسُوْلَهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا فَإِنَّ حِزْبَ اللهِ هُمُ الْغَاْلِبُوْنَ


“Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golongan (yang mendokong agama) Allah itulah yang pasti menang”.


Surah Al-Maidah. Ayat : 55


Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa wala’ dari seorang muslim hanya boleh diberikan kepada tiga golongan iaitu :

Allah
Rasulullah
Mukminin (orang-orang beriman)


Namun tidak semua orang yang mengaku beriman harus diberikan wala’ kepada mereka. Ini kerana Allah mengikatnya dengan tiga syarat iaitu :


Yang menunaikan solat,
Yang mengeluarkan zakat,
Yang tunduk-patuh kepada Syari’at Allah.


Dalam suasana hari ini, wala’ kepada orang-orang beriman secara umumnya merangkumi beberapa pengertian :


1. Wala’ kepada kelompok orang-orang beriman iaitu memberi kesetiaan kita kepada ummah mukminin. Contohnya; dalam pertembungan antara kuasa Islam dan kuffar hari ini, jiwa, perasaan dan hati-sanubari kita adalah bersama dengan kelompok beriman walau di mana saja mereka.


2. Wala’ kepada jama’ah atau kelompok orang beriman yang memperjuangkan Islam iaitu dengan menyertai jama’ah tersebut dan menjadi sebahagian dari anggotanya.


3. Menta’ati pemimpin Islam yang menta’ati Allah sama ada pemimpin umum sekelian kaum muslimin (iaitu Khalifah) atau pemimpin jama’ah yang menerajui gerakan Islam.


Sabda Rasulullah s.a.w. :

ثلاثة لا تسأل عنهم: رجل فارق الجماعة وعصى إمامه ومات عاصيا، وأمة أو عبد أبق من سيده فمات،

وامرأة غاب عنها زوجها وقد كفاها مؤونة الدنيا تزوجت بعده، فلا تسأل عنهم


“Tiga golongan jangan engkau bertanya tentang mereka (kerana mereka termasuk dalam orang-orang yang bakal musnah) iaitu :


1. Orang yang berpisah dengan jamaah dan menderhakai imamnya serta mati dalam maksiat,


2. Hamba perempuan atau lelaki yang lari dari tuannya lalu menemui kematian,


3. Seorang perempuan yang suaminya keluar bermusafir dan telah dicukupinya biaya keduniaannya lalu ia bertabarruj sesudahnya (untuk menarik perhatian lelaki lain).


(
Riwayat Imam at-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Fadhalah bin ‘Abid r.a.)


Bai’ah


Bai’ah bermaksud perjanjian atau sumpah setia untuk menyatakan kesediaan untuk selalu mematuhi dan setia dengan janji yang diikrarkan. Contoh bai’ah yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w. :


Bai’ah ar-Ridhwan
Bai’ah ‘Aqabah (pertama dan kedua)


Setelah kita meyakini pemimpin kita dengan menepati konsep wala’ yang ditetapkan oleh Syara’ tadi, maka wajib kita memberi bai’ah kepadanya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.


Secara langsung ialah dengan melafazkan ikrar kesetiaan dan ketaatan di hadapannya. Secara tidak langsung ialah dengan mentaatinya dalam segala arahan yang diberikan -selagi tidak menyanggahi Syara’- walaupun tanpa dilakukan ikrar dihadapannya.


Seorang muslim adalah individu yang sentiasa diikat dengan bai’ah. Sabda Rasulullah saw.


من خلع يداً من طاعة لقي اللَّه يوم القيامة ولا حجة له، ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتةً جاهليةً


“Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yang adil), ia akan bertemu Allah di hari kiamat dengan tanpa hujjah baginya. Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada bai’ah di tengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah”.


Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Umar r.a.


Pada zaman Rasulullah s.a.w., sekelian para sahabat memberi bai’ah mereka kepada Rasulullah s.a.w.. Adapun selepas zaman baginda, umat Islam wajib memberi bai’ah kepada pemimpin-pemimpin yang dilantik di kalangan mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.:


إذا خرج ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم

“Apabila keluar tiga orang dalam satu perjalanan, maka hendaklah mereka mengangkat salah seorang sebagai pemimpin”.


Riwayat Imam Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.


Jika dalam urusan duniawi (iaitu urusan musafir) Rasulullah mengarahkan supaya dilantik pemimpin, maka lebih-lebih lagi dalam urusan agama dan perjuangan Islam. Institusi kepimpinan amat penting kepada perjuangan dan gerakan Islam. Kerana itu, menjadi kewajipan ke atas setiap ahli gerakan Islam untuk memberi bai’ah yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin jamaah.


Jika dilihat kepada bai’ah yang diambil oleh Rasulullah dari golongan Ansar (melalui bai’atul Aqabah pertama dan kedua), ada dua bentuk bai’ah yang mesti menjadi kelaziman setiap ahli harakah iaitu :


1. Bai’ah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam


2. Bai’ah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.


Menurut riwayat Ubadah bin Shamit, salah seorang sahabat yang menyertai bai’atul Aqabah pertama pada tahun ke 12 nubuwwah; dalam bai’ah tersebut Rasulullah s.a.w. mengambil bai’ah dari Ansar dalam perkara berikut;


Tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun.
Tidak mencuri, berzina dan membunuh anak.
Tidak mengadakan dakwaan palsu di tengah-tengah masyarakat.
Tidak mengengkari Rasullullah di dalam perkara makruf.


Jelas bahawa bai’ah tersebut hanya menyentuh aspek pengamalan dengan ajaran Islam, tanpa melibatkan perjuangan atau peperangan. Namun dalam bai’ah berikutnya iaitu bai’atul ‘Aqabah kedua pada tahun ke 13 nubuwwah, kandungan bai’ah ialah :


Dengar dan patuh kepada arahan nabi s.a.w. sama ada diwaktu rajin atau malas.


Memberi nafkah (kepada perjuangan) sama ada di waktu senang atau susah.


Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.


Bangun menegakkan agama Allah tanpa menghirau celaan sesiapa pun.


Memberi pertolongan kepada Nabi s.a.w. apabila baginda sampai di Madinah dan mempertahannya sama seperti mempertahankan diri sendiri, isteri dan anak-pinak.


Riwayat dari Jabir r.a.


Nayatalah kepada kita bahawa tanggungjawab seorang muslim bukan hanya beramal dengan Islam, tetapi juga mempertahan dan mengangkat martabat Islam dengan segala pengorbanan yang ada. Jadi, bai’ahnya terhadap harakah juga semestinya merangkumi dua hal tersebut.


[1] أولويات الحركة الإسلامية في المرحلة القادمة : مكتبة وهبة ص 12 [2] Riwayat Imam Ahmad 18544
[3] Riwayat Imam tarmizi 2091
[4] Mustafa Masyhur,Wahdatul Amal fi Qatril Wahid
[5] Said Hawwa,Durus fil Amalil Islami
[6] Dr Solah Shawi,Mada Syariyyatul Intima’
[7] Dr Yusof Qaradhawi,Min Fiqhid Daulah Fil Islam
[8] Fathi Yakan,Ihzaruu Al-Aids Haraki
[9] Husein Muhsin Ali Jabir,At-toriq ila Jama’atil Muslimin



KEMENANGAN HAMAS DI PALESTIN : DARI KACAMATA MAHASISWA ISLAM

February 24th, 2006 by shark

Muqaddimah

Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat berlakunya pola perubahan yang positif meledak di kawasan Timur Tengah, yang menyaksikan peningkatan sokongan terhadap perjuangan gerakan-gerakan Islam, dimana mereka meraih populariti yang begitu signifikan, sekaligus menafikan laungan retorik Barat, khususnya Amerika yang kononnya mengetuai seruan ke arah keadilan demokrasi tajaannya. Mereka kini sudah mula menjilat ludah mereka sendiri apabila melihat satu demi satu usaha meragut negara-negara Islam, menunjukkan hasil yang sebaliknya. Penulis merasa amat bangga tatkala cuba mengupas persoalan ini kerana seolah-olah mendapat satu suntikan semangat dari fenomena positif ini.

Islam, walaupun diserang dari segenap ruang, dilihat tetap unggul menongkah ancaman yang bertali arus, sesuai dengan keistimewaannya yang fleksibel dan dinamik, tanpa sesekali menggadaikan prinsip dan matlamatnya. Hakikat ini menyemarakkan lagi kebencian musuh, apabila segala usaha yang dilakukan, begitu bijak ditangani oleh gerakan-gerakan Islam, menggunakan apa jua senjata yang dilontarkan, baik ‘demokrasi’, ‘pungutan suara tidak rasmi’ dan pelbagai lagi. Segala alat ini diterjemahkan dengan begitu baik oleh Islam dalam memanjat tangga ke arah mencapai daulah islamiyah. Mari kita sama-sama merungkai beberapa peristiwa menarik yang telah berlaku.

Kemenangan HAMAS mengejutkan

Jika sebelum ini, gerakan Islam tertua dan terampuh di dunia, Ikhwanul Muslimin telah mengejutkan bumi Mesir dengan kemenangan yang besar, iaitu kira-kira 20% daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan, kini giliran HAMAS mengalih perhatian dunia apabila menang besar dalam pilihanraya di Palestin baru-baru ini, iaitu sebanyak 74 kerusi, kemenangan pertama dalam penyertaan pilihanraya yang pertama. Gerakan yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin ini telah membuktikan kemampuan dan kesediaannya untuk memimpin rakyat Palestin ke arah masa depan yang lebih jelas. Dapat dilihat bahawa rakyat sudah meluat dengan sikap parti Fatah yang memberikan mereka janji-janji kosong berkaitan pembebasan Palestin, malah hanya tunduk kepada tekanan Amerika dan Israel. Kezaliman demi kezaliman membelenggu rakyat, menyebabkan mereka bertindak mengubah lanskap politik Palestin dalam sekelip mata. Culaan awal pemerhati yang melihat kemampuan Fatah mempertahankan kemenangannya ternyata meleset, malah memeranjatkan. Apakah resepi di sebalik kejayaan HAMAS ini?

Bagaimana HAMAS meraih sokongan majoriti?

Sebelum penulis pergi lebih lanjut, perlu difahami bahawa kemenangan HAMAS ini telah dipengaruhi oleh 2 jenis faktor iaitu faktor umum dan faktor pendesak. Kedua-dua faktor ini mempunyai peranannya sendiri dalam mencorak keputusan yang mengejut ini, disamping hakikat bahawa faktor pendesak sebenarnya yang memberi dampak ketara terhadap rakyat Palestin. Mari kita cuba meninjau faktor-faktor ini.

Faktor umum

·         Kebajikan yang diperjuangkan oleh HAMAS nyata mengambil tempat dalam hati rakyat Palestin melalui pelbagai jenis bantuan yang dihulurkan. Mereka dilihat begitu komited memastikan rakyat terbela nasibnya dalam segala aspek termasuk bantuan makanan, tempat tinggal, pembelaan keluarga, dan sebagainya. Mereka dilihat begitu dekat dengan rakyat, sentiasa bersedia pada setiap masa, peka dan sensitif dengan penderitaan yang dialami rakyat. Faktor ini menjadi sesuatu kekuatan HAMAS yang tidak boleh disangkal lagi dalam memikat hati rakyat Palestin, malah faktor inilah yang sering cuba disorok oleh media-media Barat bagi menggambarkan HAMAS hanyalah sebagai suatu gerakan terroris, ekstrim dan dahagakan darah semata-mata. Kelebihan inilah yang memisahkan antara HAMAS dengan parti Fatah, yang sudah hilang kewibawaannya sebagai wakil suara rakyat Palestin, lebih-lebih lagi selepas kematian Yasser Arafat yang pernah menjadi figure dan kekuatan sokongan terhadap parti Fatah.

·         Kekorupan pemimpin-pemimpin parti Fatah jelas mempengaruhi sokongan rakyat terhadap mereka, rentetan berlakunya pembongkaran demi pembongkaran terhadap penyalahgunaan kuasa dan kekayaan Negara. Terbaru, kematian Yasser Arafat telah memecah segala tembelang apabila sejumlah harta berjuta Dolar milik rakyat Palestin didapati telah disimpan di dalam akaun-akaun luar negara di atas namanya. Krisis kepimpinan disamping rekod perjalanan tugas yang buruk dikalangan pemimpin Fatah tambah menyemarakkan lagi api reformasi dalam jiwa rakyat Palestin untuk mengubah corak kepimpinan yang diterjemahkan dalam pilihanraya tersebut. HAMAS ketika itu bertindak bijak mengambil peluang menonjolkan identiti dan mesej "menghapuskan penyelewengan di dalam PA" bagi menghadapi Fatah sepanjang kempennya menghadapi pilihanraya umum.

·         Kekuatan HAMAS dalam kempen pilihanraya juga, tidak dapat dinafikan juga  adalah melalui kredibiliti calonnya yang berkelayakan tinggi. Ini berikutan latar belakang wakil-wakil HAMAS yang kebanyakannya terdiri daripada para academician, lulusan universiti, ahli-ahli profesional serta mereka yang popular di kalangan rakyat melalui kerja-kerja kebajikan yang dilakukan. Kesemua kelebihan ini meyakinkan rakyat Palestin memilih kepimpinan yang telus, kerana mereka sudah sedia maklum akan ketinggian akhlak dan rekod bersih wakil-wakil HAMAS yang tidak dimiliki oleh calon Fatah.

Faktor pendesak

  • Walaupun faktor-faktor di atas telah cukup untuk memberikan kemenangan kepada HAMAS, namun tidak dapat dinafikan bahawa telah wujud suatu isu hangat sebagai faktor pendesak yang mewujudkan suatu gelombang kebangkitan mendadak dikalangan rakyat Palestin sehinggakan seolah-olah mereka ingin memberi isyarat kepada dunia bahawa “ kami mahu keluar dari penghinaan ini!”. Isu hangat yang dimaksudkan ialah karikatur menghina Nabi Muhammad yang disiarkan dalam akhbar Denmark pada 30 September lepas, menyebabkan rakyat Palestin begitu marah kerana ianya melibatkan penghinaan terhadap Islam secara terang-terangan. Isu ini telah meledakkan kemarahan rakyat yang begitu responsif dan sensitif, sehinggakan jelas bagi mereka bahawa hanya HAMAS lah yang mampu mengembalikan kemuliaan mereka sebagai umat Islam Palestin. Mereka sudah hilang kepercayaan kepada Fatah yang gagal menunaikan harapan seluruh rakyat Palestin.

Penutup

Berdasarkan kajian penulis, jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh HAMAS bersifat praktikal dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin keluar dari kemelut yang menyelubungi mereka hampir 40 tahun. Mandat yang diperolehi HAMAS jelas membuktikan keyakinan rakyat terhadap prestasi dan kemampuan mereka memimpin Palestin untuk beberapa tahun akan datang. Amerika dan Israel kelihatan semakin panas punggung berikutan keputusan mengejutkan ini yang dilihat bakal memberikan ancaman berterusan terhadap komplot jahat merampas bumi Palestin. Sebagai mahasiswa pendokong Islam di Malaysia, kita seharusnya menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai suatu cermin dalam kita menilai sejauhmana kualiti gerak kerja kita dalam mengislahkan masyarakat, khususnya dari segi keterlibatan kita dalam kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat, agar segala usaha ini menimbulkan sense of belonging rakyat terhadap kita. Usah mengharapkan sokongan rakyat seandainya tidak wujud konsep “give and take” dalam diri setiap pejuang Islam. Akhir kata, penulis mengharapkan kemenangan HAMAS di Palestin ini bakal membuka lembaran baru menuju kepada kemenangan Islam yang diidam-idamkan. Insya-Allah.

AHMAD SHAKIR BIN SALLEH

KEJURUTERAAN (BAHAN) TAHUN PERTAMA

UNIT INFORMASI LAJNAH PENERBITAN DAN PENYELIDIKAN

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA 05/06

SEMINAR PERDANA : ISLAM SEBAGAI SEBUAH CARA HIDUP

February 21st, 2006 by shark

Tarikh
15 & 16 April 2006

Tempat
Balai Tun Syed Nasir,
Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
( Terhad kepada 700 peserta sahaja )

Yuran
RM 130 ( Orang Awam )
RM 65 ( Bagi Pelajar Ijazah Pertama ke Bawah – 100 tempat sahaja )
Pembayaran yuran mesti dibuat sebelum kursus

Pusat Pengajian At-Tibyan & Majalah-i

Pendaftaran

Sila hubungi 019-388 5486, 012-930 7765,
012-264 4984 atau 019-270 7303 atau email tibyan2006@gmail.com

Cara Pembayaran

Boleh membuat pembayaran yuran KE akaun DIBAWAH :-

a) Bank Islam Malaysia Berhad secara bank in atau fund transfer.No akaun : 1404 1010 0476 03 atas nama “Pusat Pengajian At-Tibyan”.

Dan maklumkan pembayaran anda kepada nombor di atas. Dan bawa slip atau tanda pembyaran semasa kursus nanti.

Aturcara Seminar
(Sesi rehat, solat dan makan tidak dimasukkan di dalam aturcara ini bagi ringkasan )

15 APRIL 2006 ( SABTU )

08.00 – 10.30 pagi : BICARA AQIDAH

Tajuk : “ Gejala Syirik & Masalah Kepercayaan Umat Islam : Suatu Pendedahan dan Pemurnian”
Oleh : YBhg Dr. Abdullah Yasin
B.A, Usul (Madinah), M.A, Shariah (

Riyadh

) PhD, (

USA

)
Persatuan An-Nida’

11.00 – 01.15 tgh : BICARA TAFSIR

Tajuk : “ Tafsir Al-Quran Semasa : Konsep, Syarat & Peranannya Dalam Menyelesai Masalah Ummat”
Oleh : YBhg. Prof . Madya Dr Zulkilfi Yusoff
M.A Tafsir (

Jordan

); PhD (

UK

)
Universiti Malaya

02.15 – 4.10 ptg : BICARA HADITH

Tajuk : “ Peranan Hadith Nabawi Dalam Kehidupan Semasa dan Kepentingan Analisa Tahap Ketulenannya”
Oleh : YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Radzi Othman
M.A; PhD, Hadith (Madinah)
Universiti Sains

Malaysia

04.45 – 6.45 ptg : BICARA FIQH KEWANGAN

Tajuk : Halal & Haram Dalam Urusan Kewangan : Antara Dosa dan Harta.
Oleh : YBhg. Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
B.A(Hons), UM ; M.A, Shariah (Jordan)
Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad

16 APRIL 2006 ( AHAD )

08.30 – 10.30 pg : BICARA FIQH UMUM

Tajuk : Pengajian Fiqh : Tertib, Adab & Kewajibannya Bagi Umat Islam.
Oleh : YBhg Ust Hj Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
Mekkah, Al-Azhar
Pesantren, Bogor, Indonesia

11.00 – 01.00 ptg : BICARA PENUTUP

Tajuk : Kesatuan & Keselamatan Umat : Di Bawah Naungan Al-Quran & As-Sunnah
Oleh : YBhg. Prof (B) Dato’ Dr. Haron Din
M.A ( Al-Azhar), PhD, Shariah (Kaherah)

Fokus Setiap Pembicara 

          1. AQIDAH

Pendedahan berkenaan bahaya Syirik yang kian di pandang ringan akibat kejahilan umat.

  • Hukum, jenis-jenis dan pembahagian Syirik.

  • Amalan semasa yang disepakati oleh seluruh aliran Ulama Islam bahawa boleh menjatuhkan seseorang ke lembah syirik Jaliy (terang) dan Syirik Khafiy (tersembunyi).

  • Displin dalam kepercayaan terhadap sesuatu perkara ghaib.

  • Takrif perkara ghaib dan had ilmu yang diberikan Allah.

·         Kupasan hukum berkenaan perbomohan, jampi dengan menurun, jampi mantera, tangkal, azimat, kayu kokka, air musoffa, roh kembali selepas mati, pelesit, jembalang, ilmu kebal, silat dengan bantuan jin dsbgnya.

2. TAFSIR

·         Pengenalan ringkas tafsir dan pembahagiannya.

·         Fokus tafsir waqie (tasfiran semasa).

·         Konsep, syarat, displin dan ruang lingkup tafsiran semasa.

·         Bagaimana ilmu tafsiran silam dapat di manfaatkan di dalam konteks semasa sedangkan berbeza zaman dan tempat?.

·         Contoh-contoh tafsiran semasa digunakan bagi menyelesaikan permasalahan semasa dan menjadi sumber dakwah yang mampu menarik manusia kepada Islam di zaman ini.

·         Tips bagi mengaplikasikan ilmu tafsir dalam kehidupan.

·         Kupasan permasalahan tafsiran moden tanpa displin & alat ala Islam Liberal.

3. HADITH

·         Pengenalan kepada pembahagian dari sudut tahap kekuatan perawi : Sohih, hasan dan dhoif.

·         Kepentingan analisa sesebuah hadith dan implikasi buruk akibat pengabaiannya terhadap aqidah, ibadat dan kehidupan seharian.

·         Kepentingan pengajian hadith dan saranan-saranan.

·         Tips asas bagi mengaplikasikan ilmu hadith dalam kehidupan semasa.

·         Kupasan isu rekaan dan sebaran hadith dengan tujuan baik, rekaan fadhilat-fadhilat bagi promosi sesuatu amalan.

4. FIQH KEWANGAN

·         Displin Islam dalam hal kewangan.

·         Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di Bank-Bank Konvensional dan Institusi kewangan tempatan.

·         Pelaburan yang haram dan halal, : displin dan syaratnya.

·         Pendedahan berkenaan fenomena keghairahan mencari harta walaupun secara haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat pegawai, kerja lebih masa dsbgnya.

·         Simpanan wang dan kaitannya dengan hukum dan riba.
Riba dalam transaksi kad kredit, pembelian emas, tukaran mata wang, FOREX.

·         Teknik jual beli yang diharamkan seperti tanajush dan lain-lain.

·         Perbezaan amalan bank Islam dan konvensional. Mengapa kadar keuntungan produk pembiayaan perniagaan, rumah dan lain-lain di bank Islam lebih tinggi berbanding Konvensional?

·         Kepentingan kontrak / aqad di dalam kewangan Islam.

·         Adakah produk-produk di Bank-bank Islam benar-benar halal atau hanyalah cerminan produk konvensional.

·         Benarkah ada salah laku Shariah dalam pengurusan perbankan Islam? Dan jika ada di mana ?

·         Hutang dari perspektif Islam.

5. FIQH UMUM·

·         Kepentingan pengajian Fiqh.

·         Implikasi buruk akibat pengabaian pengajian Fiqh dalam kehidupan seharian umat Islam.

·         Fiqh Perbandingan dan kelebihannya.

·         Masalah Taqlid, Talfiq ( mencampurkan pandangan mazhab) serta status orang awam dalam hal ini.

·         Kupasan perihal taksub dengan sesuatu Mazhab.

·         Persoalan ikut pandangan mazhab tanpa mengetahui dalil atau ikut Nabi secara terus dengan mempelajari dalil ; kupasan displin dan syarat bagi kedua-duanya.

·         Ciri-ciri istimewa pengajian secara bersanad, kelebihan dan kekurangan pengajian secara pondok dan universiti.

·         Kepentingan merujuk kitab-kitab muktabar ( bukan kitab sampingan) dalam sesebuah mazhab bagi menisbahkannya kepada sesuatu mazhab.

6. BICARA AKHIR

·         Maksud kesatuan dan keselamatan di bawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah.

·         Bolehkah kesatuan di asaskan atas asas selain al-quran dan as-sunnah?.

·         Bagaimana mencapai kesatuan sedangkan pentafsiran sesuatu dalil berbeza-beza. Malah kesohihan sesuatu dalil juga mungkin berbeza-beza.

·         Jenis-jenis nas al-quran dan al-Hadith yang boleh di ‘ikhtilaf’kan.

·         Ikhtilaf yang terpuji dan yang terkeji : Kupasan adab-adab ikhtilaf.

·         Kepentingan memahami ilmu maqasid as-Shariah bagi mencapai kesatuan umat Islam.

·         Fahaman ‘Asobiyyah ; Penghalang kesatuan umat.

·         Saranan-saranan penting dan tindakan wajib bagi seluruh ummat bagi mencapai kesatuan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

CEPAT JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN
YANG MUNGKIN TIADA ULANGAN INI.

For your Family Takaful needs, please contact:

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR

FG41037 Takaful Consultant

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Phone:  019-3826408

Email  :  shahmuzir@yahoo.com

HARI VALENTINE : SAMBUTAN YANG MESTI DITINGGALKAN

February 17th, 2006 by shark
Ish, bukannya kami menyambut Valentine sempena meraikan paderi tu pun, kami taulah,?ujar seorang remaja kepada penulis, sambil tangannya terus erat merangkul pinggang kekasihnya di sebelah, terus berlalu meninggalkan penulis. Ini merupakan antara dialog biasa yang terbit daripada bibir anak-anak muda kini apabila ditegur mengenai tindakan menyambut hari Valentine ini. Hari Valentine (penulis lebih suka menggelarkannya sebagai Hari Maksiat Sedunia) kelihatan sudah menjadi suatu sambutan yang tidak boleh dipisahkan di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, yang seolah-olah menjadi suatu sambutan yang diiktiraf sebaris dengan perayaan-perayaan besar yang lain. Apa tidaknya, apabila tiba sahaja hari Valentine, media-media massa rancak menyiarkan iklan-iklan yang menonjolkan kehebatan hari tersebut, disamping menayangkan filem-filem bertemakan percintaan, sebagai penghangat, penuh dengan unsur-unsur seksual. Alangkah menyedihkan bagi penulis kerana menyedari betapa berjayanya pihak Barat mengeksport nilai dan budaya kuning mereka ke dalam negara kita, sehinggakan masyarakat sudah melupai nilai-nilai akhlak dalam agama, serta nilai-nilai ketimuran yang telah sekian lama menjadi identity kepada bangsa Melayu Islam.

Dimanakah silapnya? Adakah ini masanya untuk kita saling menuding jari atau mengeluarkan solution yang praktikal bagi menangani masalah ini? Bagi penulis, isyarat yang sudah tenat ini memerlukan kita kembali kepada perkara fundamental dalam kehidupan iaitu kembali kepada Islam, kerana Islam lah yang merupakan solution kepada segala apa yang berlaku di sepanjang zaman dan tempat. Persoalan akidah merupakan focus utama yang perlu dibedah, diselidiki dan diberi ubat, kerana segala apa kepincangan yang berlaku terhadap akhlak, adalah berpunca daripada kepincangan akidah. Kita dapat melihat remaja pada hari ini terdedah dengan pelbagai serangan akidah dari segenap sudut, disemarakkan lagi dengan peranan globalisasi yang mempercepatkan lagi proses ini. Setiap saluran digerakkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab, menyumbang kepada jenayah social, dan remajalah yang menjadi mangsanya.

Sudah tiba masanya seluruh institusi dalam masyarakat menyingsing tangan, melakukan perubahan dari sudut jiwa, emosi dan seluruhnya mengarah kepada pembinaan akidah yang sejahtera, jauh dari sebarang virus-virus budaya luar. Setiap tindakan seharusnya berteraskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, bukannya berasaskan material dan keduniaan semata-mata. Apabila seluruhnya digerakkan atas 3 nilai pokok, iaitu akidah, ibadah dan akhlak, maka kehidupan dalam masyarakat akan kembali subur dan tenteram sekaligus keharmonian dapat dicapai. Ini semua memerlukan komitmen semua pihak, seandainya kita tidak rela melihat keruntuhan masyarakat berlaku di depan mata.

Sebagai seorang mahasiswa Islam, mainkanlah peranan masing-masing dalam usaha amar makruf nahi mungkar, tanpa menswastakan tugas ini kepada sesetengah pihak sahaja. Kewajipan ini merupakan amanah kepada semua individu, mengikut kemampuan masing-masing. Dalam konteks di universiti, pihak MPP tidak seharusnya terus menjadi boneka HEP sahaja, menganjurkan aneka konsert sesuka hati, tanpa mengambil kira keperluan rohani mahasiswa. Gunakanlah kuasa yang ada untuk meningkatkan pembangunan insan mahasiswa, mencakupi segala aspek. Jangan biarkan mereka hanyut, kerana ianya akan dipersoalkan-Nya di akhirat kelak. Akhir kata, saya menyeru kepada semua mahasiswa Islam meninggalkan sambutan hari Valentine yang sia-sia ini, seterusnya kembali mengamalkan ajaran Islam yang syumul demi mencapai keredhaan Allah.

AHMAD SHAKIR BIN SALLEH,
KEJURUTERAAN BAHAN
MAHASISWA ISLAM,

UNIVERSITI MALAYA.  

SIFAT DAN CIRI-CIRI ISLAM

January 4th, 2006 by shark

1.0 MUQADDIMAH

Firman Allah s.w.t yang bermaksud  dalam  Surah Al-Baqarah  ayat 138 :

sptóö7Ϲ «!$# ( ô`tBur ß`|¡ômr& šÆÏB «!$# Zptóö7Ϲ ( ß`øtwUur ¼ã&s! tbr߉Î7»tã ÇÊÌÑÈ   

138. (Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".

Bagaimanakah sesuatu agama itu muncul?dan mengapakah sesuatu itu boleh dinobatkan sebagai suatu agama bagi sesuatu golongan?. Adapun berbagai-bagai agama di muka bumi memperoleh namanya masing-masing adakalanya ia berdasarkan pada orang yang mengasaskannya atau dari nama umat yang tertentu yang menubuhkan atau mengembangkan agama tersebut.

Agama

Mengambil nama sempena

Nasrani atau al-masihi

Dari nama al-masih

Buddha

Dari Gautamma Buddha

Zarathusra

Dari nama pembawa panji-panji,zarathusra.

Yahudi atau judaisme

Dari nama suatu qabilah yang dinamakan yahuda.

Zoroastianisme

Dari zoroaster.

Islam tidak pula begitu, ia tidak disandarkan kepada nama individu umat tertentu. Nama-nama Islam itu menunjukkan sifat-sifat khusus yang terkandung dalam perkataan Islam itu sendiri. Daripada nama tersebut jelaslah bahawa ia tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya daripada kalangan manusia.Islam untuk seluruh manusia. Sesiapa sahaja yang bersifat dengan sifat ini yakni ia adalah muslim baik di zaman lampau mahupun zaman kini. Demikian juga orang yang berpegang dengannya di masa akan datang ia adalah seorang muslim.

2.0 PENGERTIAN ISLAM

Ada apa dengan Islam? Pengertian Islam telah pun dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud :

ô`tBur ß`|¡ômr& $YYƒÏŠ ô`£JÏiB zNn=ó™r& ¼çmygô_ur ¬! uqèdur Ö`Å¡øtèC yìt7¨?$#ur s©#ÏB zOŠÏdºtö/Î) $Zÿ‹ÏZym 3 x‹sƒªB$#ur ª!$# zOŠÏdºtö/Î) WxŠÎ=yz ÇÊËÎÈ   

125. Dan tidak ada Yang lebih baik ugamanya daripada orang Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

(Surah  Al-Nisa’ : 125)

Berpandukan ayat ini, Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati.Bahkan inilah intipati dari seluruh makna Islam. Bagaimana pula dengan ayat ini?

uŽötósùr& Ç`ƒÏŠ «!$# šcqäóö7tƒ ÿ¼ã&s!ur zNn=ó™r& `tB ’Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# Äßö‘F{$#ur $YãöqsÛ $\döŸ2ur Ïmø‹s9Î)ur šcqãèy_öãƒ ÇÑÌÈ   

83. Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan.

(Surah Ali-‘Imran :83)

¬!ur ß‰àfó¡o„ `tB ’Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚö‘F{$#ur $YãöqsÛ $\döx.ur Nßgè=»n=Ïßur Íir߉äóø9$$Î/ ÉA$|¹Fy$#ur ) ÇÊÎÈ   

15. Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada Dengan sukarela atau Dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

(Surah Al-Ra’du:15)

Dari kedua-dua ayat diatas, penyerahan diri kepada Allah adalah penyerahan yang setepat-tepatnya antara hubungan manusia dengan penciptanya ialah sujud kepada Allah dengan penuh kepatuhan.Oleh itu jelas sekali di antara ketiga-tiganya Ad-deen,Islam dan sujud mempunyai makna kaitan dan jalinan yang erat dan tabi’e.

3.0   APA  ITU  SIFAT-SIFAT ISLAM?

                              

Sifat-sifat ISLAM

Rabbaniyyah

Syumuliyyah

Inqilabiyyah

Thabat dan Murunah

Waqi’yyah

‘Alamiyah

3.1 Rabbaniyyah

Ianya  membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah.Manusia hanya sebagai pelaksana kepada segala ketentuan yang telah ditetapkan.Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan dengan Allah. Sudut Rabbani terbahagi kepada dua bahagian  iaitu :

Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.

Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah,pengabdian kepada Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua ajaran Islam yang baik yang bersangkutan dengan aqidah,muamalat,akhlak dan lain-lainnya adalah bertujuan untuk menyiapakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyah terhadap Jiwa Manusia.

  • Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.

  • Mengenal fitrah.

  • Selamat  dari pertentangan dengan diri sendiri.

  • Bebas dari perhambaan sifat ananiah dan runtuhan hawa nafsu.

Rabbani dari manhaj dan sumber.

Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani kerana ia

bersumberkan dari wahyu  Allah kepada Muhammad s.a.w. . Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanannya. Oleh itu Islam ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad.

Kesan Sumber dan Manhaj Rabbani.

  • Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan

  • Terhindar dari pengaruh kekayaan

  • Islam sesuai untuk manusia

  • Mendapat penghormatan dan kehormatan.

3.2 Syumuliyyah

Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh .Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.

Sudut kesyumulan Islam

1) Undang-undang

Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia.Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka melanggar hukuman sama ada yang berkait rapat dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas(bunuh alas).

Hukum yang bersangkut dengan urusan hubungan sesama manusia dengan Allah seperti solat, haji,puasa dan ibadat lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan orang bukan Islam,hukum antarabangsa,hukum berkait dengan pemerintahan negara,harta dan hukuman denda  kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

2) Keadilan

Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan.Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik muslim,ahli keluarga atau bukan ahli keluarga.

3) Kehakiman

Islam telah mengemukakan system kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam perhubungan permasalahan sesama manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat  mengembalikan hak kepada yang berhak. Islam telah menetapkan bahawa kehakiman merupakan fardhu dimana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah.

4) Negara

Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam  berkenaan persoalan negara.Islam bukanlah teratas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja,malah menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah yang lain.

Ketua negara dipilih dikalangan orang Islam sesuai dengan syariat-syariat seperti sifat Quwwah dan amanah.Perana ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

5) Akhlak

Islam amat mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

6) Ilmu

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuatu dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah,mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia.Ilmu yang paling tinggi dalam Islam ialah ilmu yang membawa kepada mengenali Allah.

3.3 Alamiyyah

Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan,Khatulistiwa dan sebagainya. Dengan kata lain ia sesuai di zaman Rasulullah dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.

Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara iaitu :

Dharuriyyat : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya dimana Islam menitikberatkan penjagaan akal,agama,nyawa,keturunan dan harta.

Hajiyyat :  Perkara yang diperlukan untuk manusia hidup seperti udara,air dan sebagainya.

Tahsiniyyat : perkara yang diperlukan oleh manuisa sebagai pelengkap hidup dan taraf hidup manusia. Ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia , ia lebih mirip kepada unsur keselesaan, kesempurnaan dan  kemewahan .sebagai contoh kenderaan.

3.4 Waqi’iyyah

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya : Islam mewajibakan menutup aurat tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana umat Islam.

3.5 Inqilabiyyah

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam  tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan Islam lalu kita menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi dalam masa yang sama konsert Sure Heboh, kedai bar minuman keras,disko dan lain-lain lagi tempat bertentangan dengan syaro’ sama naik  maju dengan program dan aktiviti keagamaan. Wajarkah begitu? Jawapannya ada di minda anda!

3.6 Thabat dan Murunah

Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal dan fleksibel dari segi pelaksanaan.

Contohnya : Solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir.Begitu juga ketika sakit,solat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring.

4.0   KESIMPULAN

Memahami  dan menghadam intinya adalah langkah yang paling bijak dilakukan oleh para du’at dalam mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah dalam mencari erti sebenar Mardhotillah. Sematkan segala  sifat Islam dalam diri kita dan laksanakan serta jadikan amalan sepanjang hayat. Secara tak langsung kita telah jadikan diri kita cerminan kemuliaan Islam dan Qudwah Hasanah pada teman yang masih leka dan alpa dengan duniawi serta menjadi bekalan kita untuk ke sana bila tiba masanya.

SEKULARISME

January 4th, 2006 by shark

1.0 Pendahuluan

Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘ SAECULUM ‘ yang bererti masa dan tempat yang maksudnya masa kini bertempat di dunia. Dari perkataan secular ini lahirnya ‘ sekularisme’ iaitu fahaman atau kepercayaan bahawa kehidupan seseorang itu tidak ada hubungannya dengan agama yang dianuti sama ada dari segi prinsip mahupun pelaksanaannya.

Dengan kata lain perkataan ‘sekularisme’ adalah satu kepercayaan bahawa agama dan ketuhanan tidak boleh dicampuradukkan dengan kehidupan individu sehari-hari, masyarakat dan negara. Ertinya manusia itu bebas membuat peraturan-peraturan tanpa diganggu oleh peraturan agama.

2.0 Sekular Merupakan Suatu Ideologi

Sekular merupakan suatu ideologi. Sifat asas suatu ideologi adalah :

  • Dicipta oleh manusia

  • Tidak berpandu Al - Quran dan As-Sunnah

  • Tidak lengkap dan mesti diubah suai

  • Batil dan haram dipegang walaupun sedikit.

Ideologi berasal daripada perkataan ideo yang bererti pemikiran dan konsep, manakala logi adalah logic atau pengetahuan. Kebanyakan manusia tidak lagi berpegang dengan amalan Islam secara syumul tetapi hanya sebahagian sahaja yang diamalkan oleh umat Islam sekarang.

Firman Allah s.w.t. (Surah Al- Baqarah : ayat 85) yang bermaksud :

§NèO öNçFRr& ÏäIwàs¯»yd šcqè=çGø)s? öNä3|¡àÿRr& tbqã_̍øƒéBur $Z)ƒÌsù Nä3ZÏiB `ÏiB öNÏd̍»tƒÏŠ tbrãyg»sàs? NÎgøŠn=tæ ÄNøOM}$$Î/ Èbºurô‰ãèø9$#ur bÎ)ur öNä.qè?ùtƒ 3“t»y™é& öNèdr߉»xÿè? uqèdur îP§ptèC öNà6ø‹n=tã öNßgã_#t÷zÎ) 4 tbqãYÏB÷sçGsùr& ÇÙ÷èt7Î/ É=»tGÅ3ø9$# šcrãàÿõ3s?ur <Ù÷èt7Î/ 4 $yJsù âä!#t“y_ `tB ã@yèøÿtƒ šÏ9ºsŒ öNà6YÏB žwÎ) ӓ÷“Åz ’Îû Ío4quŠysø9$# $u‹÷R‘‰9$# ( tPöqtƒur ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# tbr–Štãƒ #’n<Î) Ïd‰x©r& É>#x‹yèø9$# 3 $tBur ª!$# @@Ïÿ»tóÎ/ $£Jtã tbqè=yJ÷ès? ÇÑÎÈ   

85. Kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka Dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan.

Barat memang berusaha melebarkan ideologi mereka semata- mata untuk melihat manusia yang mereka benci iaitu umat Islam hancur tanpa berpegang dengan Al-Quran dan As-sunnah.

Firman Allah s.w.t. (surah Al-Baqarah :120) yang bermaksud :

`s9ur 4ÓyÌös? y7Ytã ߊqåkuŽø9$# Ÿwur 3“t»|Á¨Y9$# 4Ó®Lym yìÎ6®Ks? öNåktJ¯=ÏB 3 ö@è% žcÎ) “y‰èd «!$# uqèd 3“y‰çlù;$# 3 ÈûÈõs9ur |M÷èt7¨?$# Nèduä!#uq÷dr& y‰÷èt/ “Ï%©!$# x8uä!%y` z`ÏB ÉOù=Ïèø9$# $tB y7s9 z`ÏB «!$# `ÏB <c’Í<ur Ÿwur AŽÅÁtR ÇÊËÉÈ   

120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

3.0 Asal Usul Sekular

Fahaman sekular timbul daripada gerakan Yahudi dan konco-konconya seperti Zionis,Freemason dan lain-lain yang pada asalnya ditujukan kepada masyarakat Kristian di Barat kerana pada kurun ke -17 puak Yahudi masih tidak mendapat tempat di dalam masyarakat Eropah.

Pada awalnya tujuannya hanya untuk menjadikan seseorang itu ragu-ragu terhadap agamanya apabila disogokkan dengan fahaman keduniaan dan kebendaan. Sehingga akhirnya lahirlah manusia yang tidak beragama (Atheis) apabila mereka tidak percaya wujudnya Allah dan hari akhirat. Kerana yang menjadi pegangan golongan ini ialah untuk mencapai suatu hakikat itu mestilah melalui benda yang nyata.

Apa yang menyedihkan fahaman itu telah meresap dan sebati dengan hidup pemikiran masyarakat Islam sehinggakan ada sesetengah masyarakat Islam menjadikan sekularisme sebagai sebahagian kepercayaan dan amalan hidup mereka.

Sebab itulah kita dapati ada orang Islam yang fahaman Islamnya begitu sempit. Mereka menganggap Islam itu hanya mengenai soal-soal ibadah sahaja seperti solat, puasa, zakat, haji dan akhirat semata-mata. Ada juga orang Islam yang mengamalkan atau memerlukan Islam itu dalam tiga masa sahaja iaitu ketika kelahiran bayi dengan mencari imam atau ustaz bagi mengazan dan mengiqamah bayi tersebut, ketika upacara perkahwinan dan juga jika berlaku kematian.

Sebenarnya umat Islam amat memerlukan Khilafah Islamiyah seperti Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang menaungi umat Islam. Ini terbukti apabila umat Islam diceroboh seperti seorang wanita dirogol, seluruh Negara dibawah naungan Turki dikerah menyerang tentera Rom pada ketika itu. Selain itu kerajaan Turki juga telah mengerahkan seluruh umat Islam berjihad harta dan jiwa menentang penjajahan barat yang membawa ideology secular ini yang turut mempengaruhi Tanah Melayu seperti perjuangan Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong selepas pelajar Melayu yang pulang belajar dari Timur Tengah seperti Mekah dan Mesir menyampaikan arahan sultan Turki ini.

Yahudi dengan kerjasama Britain telah mempengaruhi golongan pemuda Turki menubuhkan Parti Pemuda Turki yang dipimpin oleh Mustapha Kamal At Tartuk yang berjaya menggulingkan sultan pada 1908 dan menjatuhkan sepenuhnya pada 1924.

4.0 Sifat-sifat Umum Sekular

1)     Menolak keimanan Allah dan konsep Ibadah dimana setiap perkara adalah ibadah seharian.

2)     Memisahkan prinsip agama di dalam pentadbiran, pengajian, pendidikan, kehakiman, kesenian serta apa sahaja yang berkaitan dengan sistem kehidupan.

3)     Mendakwa bahawa agama Islam tidak ada hubungannya dengan soal politik, ekonomi dan sosial. Sedangkan pada hakikatnya Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik Islam, ekonomi Islam, kemasyarakatan Islam dan ajaran Islam.

4)     Hanya percaya perkara yang zahir atau dapat dikesan oleh pancaindera semata-mata meyakini perkara sam’iyyat (perkara ghaib yang didengar dari Rasul).

5)     Pembawanya mengeluarkan kata-kata keji terhadap hukum Islam yang sememangnya membatalkan syahadah kita.

6)     Berasa selesa dengan sistem kufur tanpa ada cita-cita mengembalikan system Islam di muka bumi ini.

5.0 Kapitalisme, Sosialisme dan Komunisme

Fahaman sosialis berasal apabila kapitalis mencapai kemuncak kehancuran.Kapitalis adalah fahaman membangun dan berekonomi tanpa memikirkan nasib sesiapa dan tanpa batasan tertentu. Sosialis memperjuangkan nasib dan kesamarataan orang bawahan dan memperjuangkan nasib buruh. Walaupun ideology ini nampak baik namun Islam tidak menyuruh kita bersaing membuat fahaman demi mengejar materialisme.

Antara kesan pengaruh ideology-ideology moden yang boleh melemahkan umat Islam ialah mengenai fahaman kebebasan yang dilaungkan oleh golongan kapitalis yang memberikan kebebasan sepenuhnya dalam semua bidang kehidupan dari segi social, kepercayaan, pendapat, pemilikan harta dan membelanjakannya dan sebagainya.

Fahaman ini juga melahirkan manusia-manusia yang bebas mengeluarkan pendapatnya walaupun dengan bertentangan kepercayaan agamanya dan juga manusia bebas mengumpulkan seberapa banyak harta yang boleh dan membelanjakannya sama ada dari sumber yang dibenarkan oleh agama atau tidak. Sebaliknya komunisme menyekat kebebasan seseorang dalam semua bidang, umpamanya dalam bidang agama, komunisme menyekat manusia daripada menganuti apa juga agama, dalam memiliki harta kekayaan, manusia disekat hak miliknya hingga dirampas hak milik perseorangan kerana kekayaan adalah milik negara.

Kebebasan dalam Islam berbeza dengan sosialis, kapitalis, dan komunis kerana ada hak dan batasnya. Dalam kebebasan bergaul antara lelaki dan perempuan, Islam meletakkan batas-batas yang tertentu supaya manusia yang mempunyai akal fikiran itu tidak berubah sikap menjadi haiwan.

Nasionalisme

Merupakan suatu cabang secular yang membawa fahaman iaitu sesuatu kumpulan yang menolong dan membantu dan memperjuangkan sesuatu yang berkaitan dengan bangsa tertentu, bahasa, dan negara asalnya bukan atas aqidah dan agama yang menjadi teras perjuangan.

Nasionalisme hanya bekerjasama dengan sesiapa yang cuba membawa ideologi bersamanya walaupun berlainan bangsa kerana atas tujuan yang sama. Sabda Rasululluah s.a.w. yang bermaksud :

" Bukan dari golongan kita orang yang menyeru kearah assabiyah, bukan dari golongan kita sesiapa yang berperang di atas dasar assabiyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar assabiyah "

6.0 Kembali Kepada Islam

Islam adalah agama wahyu yang lengkap dan sempurna merangkumi semua aspek kehidupan manusia sama ada mengenai hubungan seorang hamba dengan tuhannya, rakannya dan masyarakat. Hubungan ini bukan sahaja dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah dan ibadah bahkan dalam soal sosial,ekonomi,akhlak,ilmu pengetahuan,politik dan sebagainya.

Akan tetapi oleh kerana setengah orang Islam memahami islam dari fahaman secular maka ada antara mereka yang mengatakan bahawa agama Islam tidak boleh dicampuradukkan dengan politik dan ekonomi. Suara-suara seperti itu pada hakikatnya datang dari fahaman sekular yang memisahkan apa jua bentuk agama dengan kehidupan manusia.

7.0 Penutup

Fahaman sekular boleh membawa kesan buruk kepada umat Islam kerana kebanyakan ideology tidak meyakini adanya Allah sama ada dengan terang atau sunyi. Peraturan yang dicipta oleh fahaman seular ini adalah hasil daripada pemikiran manusia semata-mata. Sedangkan ajaran Islam ialah wahyu Allah yang mengandungi peraturan, cara hidup yang lengkap dan sempurna serta berkekalan ke akhirat.

Oleh itu perlulah bagi umat Islam berusaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang agama Islam yang lengkap dan sempurna supaya tidak ada lagi umat Islam yang memperkecilkan agama Islam sebaliknya akan meyakinkan bahawa Islam sahaja yang hak, paling tinggi dan tidak ada yang mengatasinya.

FIQH JAMAIE

January 4th, 2006 by shark

1.0  MUQADDIMAH

Dalam ketiadaaan sebuah khilafah Islamiyyah yang di dalamnya terlaksana satu system pemerintahan Islam yang berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah s.a.w, maka harakah Islamiyyah lah yang bertanggungjawab mengambil alih dalam rangka mengembalikan kedaulatan Khilafah Islamiyah seterusnya tertubuhnya Daulah Islamiyyah. Ini dikukuhkan dengan kaedah fiqh :

“ Tidak sempurna sesuatu yang wajib itu melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”

yang membawa maksud kewujudan  sebuah jama’ah Islam yang memperjuangkan cita-cita mengembalikan kedaulatan  khilafah Islamiyyah adalah wajib.

2.0     AMAL  JAMA’IE

Amal  Jamaie adalah amal yang berasal dari jama’ah yang munazzamah            

(tersusun)  yang ada system (manhaj) yang jelas dan membawa kepada maslahat agama. Walaupun amal itu sepatutnya dilakukan oleh individu sahaja tetapi jika membawa kebaikan semua, maka ia juga adalah amal jamaie. Terdapat di masa tertentu arahan amir tidak memerlukan persetujuan umum atau jama’ah sekiranya amat terdesak sekali (benar- benar kecemasan).

2.1 KEFAHAMAN PERTAMA

Pertamanya kita perlu tahu mengapa kita menggabungkan diri dalam jama’ah 

Islam. Ahli yang memasuki  jama’ah atas dasar kebetulan adalah sesuatu perkara

yang tidak diiktiraf dan kita perlu yakin akan kefardhuannya untuk keberjayaan Islam. Jama’ah sepatutnya tidak perlu mengiktiraf mana-mana ahli yang hanya menyertai secara mengisi borang dan membayar yuran tanpa ada apa-apa

pengorbanan.

Ahli perlu ada sesuatu yang di sebut sebagai AL – FAHMU (kefahaman)

yang hanya terhasil dengan penyertaan ahli ke usrah dan program tarbiah yang akan menghasilkan ahli yang ikhlas dan mampu terus berkorban secara berterusan. Ahli perlu tahu akan kepentingan bai’ah iaitu pengakuan dan perjanjian selamanya patuh akan arahan pimpinan dalam gerak kerja Islam ini.

2.2 KEFAHAMAN  KEDUA

Kita juga perlu faham bahawa penggabungan kita dalam jama’ah akan

menyebabkan tindak – tanduk kita bersifat jamaie .Walaupun kegiatan yang bersifat individu, ada kaitan dan manfaat untuk semua ahli jama’ah dan tidak membawa mudharat kepada wasilah Islam ini.

Segala tindak tanduk yang dilakukan oleh individu untuk maslahatnya atau

kepentingannya adalah ternafi sekiranya memudaratkan jama’ah yang ramai dan Islam. Ini berdasarkan Qaidah Fiqhiyyah “ Ditanggung kemudharatan khas untuk menolak kemudharatan umum.” Ahli yang benar – benar faham akan sanggup menerima kemudharatan untuk dirinya demi menjaga maslahat(kebaikan) umum atau jama’ah tetapi perlukan ilmu dan pandangan pimpinan demi menjaga kebajikan ahli itu sendiri.

2.3 KEFAHAMAN   KETIGA

Kita perlu membuang kemalangan fikrah di kalangan ahli  kita. Iaitu tidak

memahami amal jamaie yang meraikan semua bidang yang dapat membawa maslahat kepada Islam. Contohnya didalam membawa jama’ah terdapat ahli yang hanya bersyarah atau memberi ilmu dan pandangan, ada ahli yang bersifat amilin iaitu bekerja tanpa henti, ada yang mahir dari segi teknikal seperti IT, perhubungan dan apa sahaja yang bersifat kemahiran luaran. Ada ahli yang menumpukan bidang pengkhususan dalam bidang sekreteriat (urusan pejabat dan kesetiausahaan) dan bidang management atau pengurusan jama’ah. Adakah semua ini tidak penting dalam jama’ah?

Jarang terdapat ahli yang memiliki kesemua kemahiran secara serentak.

Golongan ilmuan atau ustaz di dalam jama’ah tidak boleh mempertikaikan ilmu dan tarbiah ahli yang sibuk dalam urusan teknikal jama’ah dan golongan pengurusan tidak boleh mengatakan golongan ulama’ kolot dan hanya pandai bercakap dalam jama’ah .Kesemua ini adalah tindak balas fleksible sesama ahli demi membawa jama’ah 7yang maju , kreatif dan berkesan.

Dalam kehidupan ini,  terdapat satu matlamat yang kukuh dan utuh untuk kita

capai, iaitu matlamat ubudiyyah (matlamat perhambaan secara total kepada Allah). Matlamat ini hanya dapat di capai melalui konsep berjama’ah. Ini kerana apabila sekumpulan manusia berganding bahu bersama-sama  untuk memilih Islam sebagai cara hidup mereka, mengamalkan Islam secara total dan ingin menegakkan Islam secara ajmali (menyeluruh) di muka bumi ini. Maka dengan sendirinya konsep Mardhatillah akan menjadi realiti dan mampu dilaksanakan.

Dunia  kian  rapuh dengan penguraian bacteria sekularisme, mengalami keracunan  ajaran Islam yang sesat, penyeludupan barang-barang musuh Islam (Yahudi, Nasrani dan sebagainya) yang kini telah pun membutakan kebenaran, memekakkan dunia dengan alunan muzik syaitan yang segala-galanya membaluti, menjerap permukaan pemikiran masyarakat yang mengaku beragama Islam! Seruan aspirasi negara memangkinkan segala tenaga pengaktifan yang ada dan di bantu oleh enzim dendam musuh-musuh Islam secara ‘ istiqamah’ ghairah menghancurkan satu persatu nilai- nilai murni Islam yang telah terpacak  di hati masyarakat Islam.

Justeru itu,untuk menentang semua  anasir jahat ini memerlukan jangka masa yang amat panjang sekiranya dilakukan secara perseorangan tanpa kerja berpasukan.Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, untuk membentuk Daulah Islamiyyah adalah bukan kerja yang boleh dipetik jari, sekelip mata boleh tersergam indah di depan mata tetapi ia memerlukan barisan pimpinan yang berwibawa dan dihormati, system penyusunan, pengurusan dan kawalan yang tersusun dan berkesan serta para pengikut yang terdidik lagi setia. Ketiga-tiga  senjata ini memainkan peranan yang amat besar sekali dalam menentukan corak perjalanan dan kejayaan sesuatu jama’ah serta memenuhi matlamat untuk membentuk Daulah Islamiyyah. Allah berfirman dalam surah Ali- Imran : ayat 103)yang bermaksud :

(#qßJÅÁtGôã$#ur È@ö7pt¿2 «!$# $Yè‹ÏJy_ Ÿwur (#qè%§xÿs? 4 (#rãä.øŒ$#ur |MyJ÷èÏR «!$# öNä3ø‹n=tæ øŒÎ) ÷LäêZä. [ä!#y‰ôãr& y#©9r'sù tû÷üt/ öNä3Î/qè=è% Läêóst7ô¹r'sù ÿ¾ÏmÏFuK÷èÏZÎ/ $ZRºuq÷zÎ) ÷LäêZä.ur 4’n?tã $xÿx© ;otøÿãm z`ÏiB Í‘$¨Z9$# Nä.x‹s)Rr'sù $pk÷]ÏiB 3 y7Ï9ºx‹x. ßûÎiüt6ムª!$# öNä3s9 ¾ÏmÏG»tƒ#uä ÷/ä3ª=yès9 tbr߉tGöksE ÇÊÉÌÈ   

103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Bagi mencapai tujuan yang besar ini, merupakan kewajipan yang difardukan oleh Islam ke atas umatnya dan tidak mungkin di capai kecuali dengan berjama’ah dan kerja-kerja berjama’ah. Maka kerja secara berjama’ah ini adalah wajib. Justeru sesuatu perkara yang tidak sempurna wajib kecuali dengan adanya sesuatu perkara lain, maka sesuatu perkara lain itu menjadi wajib. Adakah kita mampu mengubah system daki dan karat jahiliyyah  dari barat dengan hanya melaungkan secara sendirian tanpa aturan, hikmah dan pengurusan gerak kerja? Rasulullah s.a.w. membuktikan kepada kita ianya tidak akan mampu tercapai.. Baginda bersabda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing juga.Dia menangkap mana- mana yang jauh dan terpencil ,maka janganlah kamu memencilkan diridan hendaklah kamu berjama’ah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid  ”.             

3.0  MUWASAFAT  HARAKAH  ISLAMIYYAH               

Adalah wajar bagi seseorang individu muslim memahami dan mengenali terlebih dahulu jama’ah yang ingin di sertainya.Dengan cara ini ia dapat membantu individu memilih jama’ah dengan betul dan mereka dapat menyumbangkan tenaga mereka dengan cara yang berkesan dalam usaha mencapai cita-cita keislaman yang sebenarnya.

3.1 Jama’ah yang ditubuhkan di atas kesedaran untuk melaksanakan TAJDID

Apabila berlaku suatu keadaan  yang menyebabkan umat Islam dan

pemerintahannya meninggalkan ajaran Islam kerana berbagai sebab maka Allah s.w.t. pasti akan menggantikan mereka dengan satu golongan baru yang akan berjuang menegakkan Islam. [Rujuk Surah Al-Maidah ; ayat 54-56]

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa ;

“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini bagi setiap seratus tahun ,seseorang yang akan memperbaharui urusan agamaNya”

Sudah terang lagi bersuluh dari ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan bahawa kelahiran jama’ah ini adalah untuk melaksanakan tajdid dalam keadaan telah berlaku penyelewengan dalam urusan agama atau ia telah ditinggalkan sama sekali oleh umat ini.

Sedarilah duhai teman, ketika gerakan –gerakan ini bermula,di merata-rata tempat, umat Islam berada dalam keadaan paling lemah dan terhimpit. Jiwa dan pemikiran mereka hampir-hampir ditenggelamkan oleh keganasan kuasa-kuasa penjajah kuffar. Yang mampu membawa mereka keluar dari kemelut kejiwaan dan kehinaan ini,hanyalah secebis dari cahaya keimanan dan cinta kepada Islam yang masih tersimpan di lubuk hati mereka.

Oleh itu, sekiranya ingin mengambil pedoman serta kelemahan dan kelebihan daripada sesustu gerakan maka kita harus membuat penilaian  berdasarkan waqi’ umat ketika bermulanya kebangkitan itu. Sikap mengkritik dan menghentam jama’ah kerana kekurangan dan kelemahan mereka adalah suatu perbuatan yang dilakukan atas dasar pertimbangan yang rendah! . Sebaliknya kita harus bersikap adil lagi teliti terhadap perkara-perkara tersebut serta mengambil pedoman dan pengajaran dari perjalanan gerakan tersebut supaya tidak perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

3.2 Jama’ah yang mendokong dan memelihara kesyumulan ajaran Islam dan kesejagatannya.

Ayat di bawah memerintahkan orang-orang mu’min mengimani dan menerima keseluruhan ajaran Islam dan sekali gus melarang mereka dari menerima sebahagian Islam dan menolak sebahagian yang lain. Perbuatan menjuzu’kan ajaran Allah mengikut selera dari hawa nafsu ini telah diabadikan di dalam kalam Allah apabila DIA mengutuk perbuatan jahat Bani Israil.

$yg•ƒr¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=äz÷Š$# ’Îû ÉOù=Åb¡9$# Zp©ù!$Ÿ2 Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÅVºuqäÜäz Ç`»sÜø‹¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNà6s9 Ar߉tã ×ûüÎ7•B ÇËÉÑÈ   

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

(Surah Al-Baqarah ; 208)

§NèO öNçFRr& ÏäIwàs¯»yd šcqè=çGø)s? öNä3|¡àÿRr& tbqã_̍øƒéBur $Z)ƒÌsù Nä3ZÏiB `ÏiB öNÏd̍»tƒÏŠ tbrãyg»sàs? NÎgøŠn=tæ ÄNøOM}$$Î/ Èbºurô‰ãèø9$#ur bÎ)ur öNä.qè?ùtƒ 3“t»y™é& öNèdr߉»xÿè? uqèdur îP§ptèC öNà6ø‹n=tã öNßgã_#t÷zÎ) 4 tbqãYÏB÷sçGsùr& ÇÙ÷èt7Î/ É=»tGÅ3ø9$# šcrãàÿõ3s?ur <Ù÷èt7Î/ 4 $yJsù âä!#t“y_ `tB ã@yèøÿtƒ šÏ9ºsŒ öNà6YÏB žwÎ) Ó“÷“Åz ’Îû Ío4quŠysø9$# $u‹÷R‘‰9$# ( tPöqtƒur ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# tbr–Štãƒ #’n<Î) Ïd‰x©r& É>#x‹yèø9$# 3 $tBur ª!$# @@Ïÿ»tóÎ/ $£Jtã tbqè=yJ÷ès? ÇÑÎÈ   

85. Kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka Dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan.

(Surah Al-Baqarah; 85)

Matlamat terakhir bagi perjuangan jama’ah Islam ialah menegakkan pemerintahan Islam yang di dalamnya dilaksanakan syari’at Islam sepenuhnya. Selain itu, manhaj kaedah-kaedah atau cara mencapai matlamat di atas mestilah mengikut cara-cara yang diizinkan atau diharuskan oleh syaro’ . Ingatlah duhai teman, Islam mengharamkan “matlamat menghalalkan cara” yang dizaman muta’khir ini diamalkan oleh golongan yang berpendidikan secular yang kononnya ingin mencapai matlamat Islam mengikut kaedah moden.

Umat Islam harus menolak keras golongan ini. Adalah menjadi kewajipan pada kita semua untuk mempersiapkan diri dengan persiapan dari segi rohani,kejiwaan,akhlak dan kethanan berdasarkan ajaran Islam sebagaimana yang dibawa dan dicontohkan oleh Baginda s.a.w. dan jama’ah sahabat Baginda r.a.

3.3   Jama’ah  yang memelihara tradisi ilmiyyah dan’aqliyyah.

Harakah Islamiyyah mestilah berusaha mengemukakan  Islam di tengah-tengah masyarakat melalui kegiatan ilmiah dan ‘aqliyyah di samping kegiatan-kegiatan lain yang sewajarnya digerakkan oleh Harakah Islamiyyah.

Kecintaan  terhadap Islam yang tombul dari ilmu ,tanpa kefahaman adalah lebih bermakna dan lebih utama dari semangat yang berkobar-kobar tanpa ilmu,kefahaman dan proses tarbiah yang tersusun.Inilah bentuk kegiatan awal Rasulullah dan para sahabat untuk menghadapi masyarakat jahiliah dalam usaha membersih jiwa dan pemikiran mereka.

Duhai temanku… semangat dan keberanian adalah sesuatu yang penting dalam perjuangan namun semangat yang tidak di isi dengan keimanan, ilmu dan ‘amal ,ia akan luntur bila dihadapkan dengan ujian-ujian dan fitnah. Ini kerana iman membina cita-cita dan keazaman, manakal ilmu dan kefahaman pula menjadi petunjuk dan penyuluh jalan bagaimana sesuatu kewajiban dan amanah perjuangan ini dilaksanakan.Allah mengingatkan kepada kita dalam firman-Nya yang bermaksud;

* $tBur šc%x. tbqãZÏB÷sßJø9$# (#rãÏÿYuŠÏ9 Zp©ù!$Ÿ2 4 Ÿwöqn=sù txÿtR `ÏB Èe@ä. 7ps%öÏù öNåk÷]ÏiB ×pxÿͬ!$sÛ (#qßg¤)xÿtGuŠÏj9 ’Îû Ç`ƒÏe$!$# (#râ‘É‹YãŠÏ9ur óOßgtBöqs% #sŒÎ) (#þqãèy_u‘ öNÍköŽs9Î) óOßg¯=yès9 šcrâ‘x‹øts† ÇÊËËÈ   

122. Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

(Surah At-Taubah ; 122)

         

3.4  Jama’ah yang berada dibawah pimpinan para ulama’

Penegasan Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis iaitu ;

“ Hendaklah kamu memuliakan para ulama’ , kerana sebenarnya mereka itu adalah pewaris (amanah dan tanggungjawab) para Nabi. Maka barangsiapa yang memuliakan mereka sesunguhnya ia telah memuliakan Allah”

“Tidakkah kamu suka aku tunjukkan kepada kamu semulia-mulia ahli syurga? Mereka berkata “ Sudah tentu wahai Rasulullah!” Rasulullah berkata ;”Para ulama’ kepada umatku”-yakni mereka yang memelihara diri dan amanah sebagai para ulama’ ”

Sebenarnya kepimpinan ulama’ dalam gerakan Islam adalah satu perkara prinsip(usul),apabila dilihat dari sudut bahawa Harakah Islamiyyah adalah sebagai bayangan kepada  pemerintahan Daulah Islamiyyah yang mempunyai pimpinan yang tersendiri.Lepimpinan para ulama’ yang berfungis sebagai pendidik dan pemimpin dan merekalah yang sebenarnya satu-satu saluran yang melaluinya ilmu-ilmu keislaman dipelihara dan disalurkan kepada umat ini.

Para pendokong kama’ah seharusnya menyedari bahawa persoalan kepimpinan dalam jama’ah Islam bukanlah persoalan yang  boleh dipandang mudah dan ringan.Ulama’ yang dimaksudkan mestilah memiliki ciri-ciri(muwasafat) dan nilai-nilai kepimpinan yang dikehendaki oleh Islam.Imam Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah  menyatkan ada tujuh iaitu;

1)     Keadilan yang meliputi segala bidang

2)     Mempunyai ilmu pengetahuan yang membolehkan ia melakukan ijtihad.

3)     Kesejahteraan panca-indera pendengaran,penglihatan dan lidah.

4)     Kesejahteran tubuh badan.

5)     Kecerdasan akal fikiran yang dapat membawa kemampuan untuk memimpin.

6)     Keberanian serta ketabahan sampai ke tahap bersedia ke medan jihad dan mati syahid.

7)     Berketurunan Quraish-berkenaan hal ini menurut kata sepakat ulama’ bahawa syarat yang terakhir ini adalah tidak mutlak.

$oYù=yèy_ur öNåk÷]ÏB Zp£Jͬr& šcr߉öku‰ $tR͐öDrÎ/ $£Js9 (#rçŽy9|¹ ( (#qçR%Ÿ2ur $uZÏG»tƒ$t«Î/ tbqãZÏ%qムÇËÍÈ   

24. Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami.

(Surah Al-Sajdah; 24)

Sejarah telah  memperlihatkan bahawa mereka adalah golongan yang paling setia dan sabar dalam memimpin tangan manusia ke jalan Allah bahkan melalui usaha-usaha merekalah mengenali dan menghayati Islam.

3.5  Jama’ah yang bersifat realistik dan praktikal

Apa yang dimaksudkan realistic (waqi’iyyah) dan praktikal ialah kemampuan jama’ah memahami secara mendalam dan mengambil kira suasana serta factor-faktor persekitaran dalam menyusun langkah-langkah pergerakan. Jika diteliti segala penyakit yang bersarang dalam masyarakat Islam hari ini adalah berpunca dari barah kejahilan. Di antara lain barah kejahilan ini menyebabkan wujudnya pegangan yang menjuzu’kan atau memecahkan kesatuan ajaran Islam sehingga Islam dilihat tidak lebih sebagai sebuah agama yang menampilkan ibadah-ibadah kerohanian(ritual) atau sekadar ajaran yang mengajar tentang perilaku dan akhlak yang mulia sahaja.

Selain itu  mereka tidak yakin bahawa cara Islam menyelesaikan masalah-masalah masyarakat seperti ekonomi,politik, dan pendidikan sekalipun mereka mungkin mengetahui hukum hakam serta anjuran-anjuran Islam dalam bidang berkaitan. Apa yang dimaksudkan  penyakit-penyakit  adalah seperti berikut ;

  • Penyakit meniru dan terikut-ikut secara membuta tuli kerana mereka tidak mempunyai satu cara hidup yang ingin ditegakkan dan mereka hidup dalam keadaan kekosongan jiwa.

  • Tidak yakin cara dan kemampuan Islam menyelesaikan masalah manusia kerana salah faham terhadap ajaran Islam.

  • Sikap apathy(tidak ambil peduli) dan no sensitivity(tiada kepekaan) terhadap perkembangan persekitaran kerana mereka tidak ada cita-cita pegangan dalam hidup.sebaliknya hanya menumpukan usaha-usaha mencari rezeki dan kekayaan tanpa mengira apa sahaja system yang menguasai mereka.

  • Penyakit tidak ada keberanian dan ‘izzah utk mempertahankan kebenaran dan identity keislaman kerana iman yang menjadi unsure penggerak cita-cita da perjuangan sudah hampir pupus.

Menjadi satu kesalahan bagi sesuatu jama’ah yang bertindak memencilkan diri, dengan cara berkamoung di kawasan-kawasan pedalaman dengan alasan-alasan ‘uzlah adalah wajib dalam menghadapi kemungkaran. Uzlah yang dituntut adalah ‘uzlah syu’uriyyah (pengasingan kejiwaan) manakala kegiatan-kegiatan menentang kemungkaran mestilah diteruskan disamping memperlihatkan contoh-contoh teladan amalan-amalan keislaman di tengah-tengah masyarakat supaya dapat dinilai dan dilihat serta dicontohi oleh manusia lain.

3.6 Jama’ah yang bergerak dikalangan rakyat jelata (Jama’ah  Ummah)

Jama’ah Islam yang akan berjay adalah jama’ah Islam yang anggota-anggotanya bersabar bergerak membina kekuatan di tengah-tengah rakyat dan ciri inilah yang dapat menepati cita-cita ,tuntutan dan sifat sebuah jama’ah Islam. Jama’ah yang menumpukan da’wah atau kegiatan mereka kepada kelompok atau golongan tertentu(mungkin kerana kurang kemampuan atau atas alasan maslahah) perlu bergabung dengan jama’ah yang lebh besar dan lebih kuat beserta ciri-ciri dan sifat-sifat yang telah disebutkan.

Para pendokong jama’ah yang rasional dan matang semestinya mengenepikan persoalan-persoalan furu’ sebaliknya bersatu di atas perkara prinsip seperti matlamat, sumber rujukan dan tuntutan kesatuan. Jama’ah harus meneliti kekuatan dan kemampuan dari sudut daya pimpinan,perancangan,tenaga penggrak,keberanian dan ketahanan memasuki dan mendekati rakyat jelata.

3.7 Jama’ah yang memiliki kekuatan dan kemamouan untuk membina ummah

Asas kekuatan yang sangat menonjol dan dimiliki oleh jama’ah Islam pertama pimpinan Rasulullah s.a.w yang dianggotai sahabat-sahabat baginda r.a yang menjadi ikutan kepada kita. Tiga asas utama :

Ø       Kekuatan iman dan ‘aqidah

Ø       Kekuatan ukhuwah dan ikatan

Ø       Kekuatan fizikal dan persenjataan.

Dengan menjadikan asas-asas sebagai teras jama’ah Islam, lahirlah tunggak-tunggak penting iaitu ;

·         Pemimpin yang berwibawa lagi dihormati

·         Para anggota yang terdidik lagi setia

·         Perancangan dan penyusunan yang rapi

·         Sistem pengurusan dan pengendalian yang teratur.

3.8  Jama’ah  yang para pendokongnya mewarisi sifat-sifat Hizbullah

Menyentuh surah Al-Maidah pada ayat 54 hingga 56 difahami sifat-sifat Hizbullah ialah:

a)     Mereka menyintai Allah (dan agama Allah-yakni Islam) mengatasi cinta mereka terhadap perkara-perkara yang lain.

b)     Mereka bersikpa lemah ,lembut (berkasih-sayang) sesama mu’min dengan perlakuan akhlak dan perilaku yang mulia.

c)     Mereka bersikap tegas dan merasai ‘izzah terhadap golongan kafir yang memerangi Islam dan umatnya dalam berbagai bentuk dan cara.

d)     Mereka berjihad dan berkorban pada jalan Allah dengan segala keupayaan yang ada pada mereka demi kepentingan Islam .

e)     Mereka tidak takut dan tidak gentar terhadap fitnah celaan dan penghinaan yang datang dari golongan yang senantiasa menghina dan menfitnah pendokong-pendokong perjuangan Islam kerana mereka mengetahui sememangnya perjuangan Rasulullah S.A.W. sendiri telah dicela begitu hebat.

f)       Mereka memeberi wala’ dan ketaatan pada perintah Allah dan RasulNya serta pimpinan orang mu’min demi mencapai cita-cita perjuangan mereka.

g)     Oleh itu para pemimpin dan pendokong jemaah Islam mestilah memastikan sifat-sifat Hizbullah yang telah dinyatakan olaeh al-Quran ini benar-benar wujud dan dihayati oleh setiap jema’ah, malah usaha –usaha yang berterusan mestilah dibuat bagi mengukuhkan sifat-sifat yang sangat penting ini.

3.9 Jama’ah yang bersifat tersendiri dan tidak dikuasai pemerintah.

3.10 Jama’ah bersifat sejagat ( ‘alamiyyah)

FIQH HARAKAH

January 4th, 2006 by shark

1.0   MUQADDIMAH

$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbr߉ç7÷èu‹Ï9 ÇÎÏÈ   

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Surah Adh-Dhariyat : 56)

Firman  Allah S.W.T  seperti di atas membawa makna yang cukup padat dan persis lagi jitu. Ianya kena pada matlamat harakah Islamiyyah itu sendiri dimana untuk menegakkan Addin Allah di muka bumi ini. Segala apa yang berlaku di atas dunia ini hendaklah tunduk kepada undang-undang dan hukum-hukum Allah sahaja.

Menyentuh mengenai hijrah Rasulullah s.a.w bersama para sahabatnya menuju ke Kota Madinah dari Kota Mekah. Dan perlulah di ingatkan,bahawa matlamat hijrah bukanlah untuk melepaskan diri dari menghadapi tekanan,penindasan dan ejekan semata-mata tetapi ia bertujuan untuk membina masyarakat dan negara berteraskan Islam di negeri yang di izinkan.

2.0   PRINSIP  HARAKI  ISLAM

2.1 Gerakan Rabbani

Gerakan Islam bersendikan Rabbani kerana seluruh aspek baik dari segi konsep,hukum,akhlak,tatasusila dan pemikirannya adalah bersumberkan kepada agama Allah yang kekal dan risalah yang terakhir bukannya untuk kepentingan golongan-golongan tertentu. Firman Allah S.W.T menjelaskan lagi keadaan dimana bermaksud ,

ö@è% ¨bÎ) ’ÎAŸx|¹ ’Å5Ý¡èSur y“$u‹øtxCur †ÎA$yJtBur ¬! Éb>u‘ tûüÏHs>»yèø9$# ÇÊÏËÈ   

162. Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Surah Al-An’aam: 162)

Gerakan Islam bukanlah sebuah organisasi seperti organisasi-organisasi seperti  parti politik yang eksis  pada era ini. Bahkan ia juga bukan untuk perebutan kuasa pucuk pimpinan yang bermatlamat keuntungan dan kepentingan peribadi.Yang menjadi usul kepada gerakan Islam di sini adalah pemerintah dan pemimpin terlebih dahulu tunduk kepada syariat Allah sebelum golongan bawahan dan anggota biasanya.

2.2 Gerakan yang tersendiri

Gerakan Islam adalah gerakan yang tersendiri,dengan kata lain ia muncul tumbuh dari Islam itu sendiri bukannya dipengaruhi oleh timur dan barat. Dakwah Islam adalah satu seruan kepada Allah,sedangkan  rasa keagamaan pula adalah merupakan perkara yang paling kuat pada umat Islam.

2.3 Gerakan membawa kemajuan

Kemajuan dalam Islam adalah kemajuan dalam mempertingkatkan perasaan,pemikiran dan akhlak manusia. Kemajuan  dalam bidang Ilmu dan penerokaan alam sejagat yang bukan semata-mata bertujuan untuk memperoleh penerokaan batu dalam bidang ilmu,tetapi kemajuan yang menambah pengetahuan dan makrifat manusia tentang kebesaran ,keindahan,kekuasaan dan keagungan Allah Tuhan alam semesta.

Dengan syarat ia mestilah digunakan dalam lingkungan yang dapat membawa kebajikan kepada umum.inilah yang dimaksudkan oleh baginda s.a.w iaitu :

“Ambillah hikmat itu walau dari mana datangnya”

“Hikmat itu(ibarat) barang yang hilang dari seorang muslim,di mana sahaja beliau mendapatinya beliau adalah orang yang lebih berhak menerimanya

[ hadis  riwayat tirmidzi dan adh-dailani dan tirmidzi berkata : Hadith ini Gharib dan Ibrahim Ibn Fadi (salah seorang perawi hadith ini ]

2.4 Gerakan Yang syumul

Gerakan yang bukanlah hanya terbatas dalam usaha-usaha dalam satu sudut sahaja dengan tidak menghiraukan sudut-sudut yang lain.Ianya syumul seperti mana sifat keislaman yang terkandung didalamnya.Gerakan Islam adalah gerakan salafiah kerana gerakan ini mengajukan Islam dikembalikan kepada sumbernya yang suci, al-Quran dan As-sunnah.

Gerakan Islam adalah gerakan sunnah dimana bekerja untuk menghidupkan kembali sunnah yang suci dalam kehidupan setiap anggotanya dan dalam kehidupan masyarakat.Ia juga gerakan siasah yang bekerja untuk memelihara dan menjaga urusan dunia Islam dalam semua bidang dan peringkat.

3.0  MENJAUHI  PERSELISIHAN DALAM MASALAH FEQAH

Gerakan Islam mengelakkan diri  dalam masalah feqah kerana gerakan Islam berkeyakinan bahawa perselisihan dalam permasalahan cabang feqah adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu gerakan ini berdakwah untuk meyatukan umat Islam dalam masalah-masalah pokok dan kaedah-kaedah Islam.

Perjuangan kita adalah perjuangan fikrah dan akidah,satu system dan metod yang tidak dibatasi oleh tempat, tidak terikat kepada satu-satu  jenis keturunan ,tidak dibatasi oleh batas-batas geografi. Namun kita tidak perlu menolak kewujudan parti politik yang memperjuangkan Islam sebagai salah satu medan perjuangan Islam yang syumul. Malah Imam As-syahid Hasan Al-Banna sendiri pernah memasuki pilihanraya umum Mesir atas keputusan jamaah Ikhwan.

Gerakan Islam tidak akan tamat dengan penyelesaian dengan penyelesaian satu masalah malah akan berterusan hingga  hari kiamat kerana Islam adalah system ciptaan Allah,Tuhan Alam semesta dan metod bagi rasul-Nya…

4.0   THE EXPERIENCE OF ISLAMIC ORGANIZATION

4.1    FIRST EXPERIENCE : IKHWANUL MUSLIMIN

Imam Hasan Al-Banna telah menggariskan beberapa prinsip yang perlu diikuti oleh pada du’at tika menghadapi waqi’ dakwah yang mempunyai banyak firqah Islam.Antaranya adalah :

1)     Perpaduan ummah mestilah dipelihara

2)     semua firqah (kumpulan) mestilah bersetuju dengan garis-garis dasar Islam.

3)     Husnu zon hendaklah diberikan kepada gerakan-gerakan lain jika mereka

4)     tersilap.

5)     Menghormati gerakan lain walaupun ada perbezaan pendapat.

6)     mengelakkan sebarang pergeseran.

7)     perlulah diingati bahawa jalan untuk mencapai kebaikan itu mungkin berbeza.

8)      Bekerjasama dalam perkara-perkara yang dapat dipersetujui dan tidak

9)     menganggap bahawa perbezaan dalam hal-hal yang tertentu adalah satu

10) tertentu adalah satu perkara yang tidak langsung boleh diterima.

11) Bersatu dalam menentang musuh-musuh Islam

12) Merasa sedih terhadap sesiapa yang terkeluar daripada kebenaran tetapi tidak

13) menjadikan mereka bahan cemuhan.

4.2  SECOND EXPERIENCE : JAMA’AT ISLAMI

Maulana Abul A’la Al-Maududi pula menyatakan :

1)     Keikhlasan niat semata-mata untuk memuliakan Islam

2)     Mengelakkan sebarang perselisihan yang boleh membawa kepada perpecahan.

3)     Pentingnya unsur –unsur yang jelas bagi tercapainya kesatuan.

5.0   HAKIKAT TASAWWUR HARAKAH ISLAMIYYAH YANG PURE

  • Dakwah Salafiyah : kerana mereka menyeru untuk mengembalikan Islam kepada sumbernya yang jernih, yakni Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

  • Thariqat Sunniyah : kerana segenap kemampuannya mereka membawa dirinya untuk beramal dengan landasan Sunnah yang suci alam segala hal khususnya dalam hal aqidah dan ibadah.

  • Hakikah Shufiyah : kerana mereka memahami bahawa asas kebaikan adalah sucian jiwa, kejernihan hati, semangat beramal, zuhud ,cintai Allah dan terikat kepada kebaikan.

  • Membina lembaga politik : sebab mereka menuntut perbaikan intern berupa hukum dan ekstrem iaitu meneruskan pandangan tentang hubungan umat Islam dengan bangsa lainnya,mendidik keluhuran dan kehormatan bangsa dan menjaga keutuhan kesatuan bangsanya.

  • Jama’ah Riyadhiyah : kerana mereka sangat memperhatikan fizikalnya dan menyedari bahawa mukmin yang kuat lebih baik daripada bahwa mukmin yang lemah.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya badanmu mempunyai hak atas dirimu.”

“Sesungguhnya semua tuntutan Islam ,tidak bisa ditunaikan dengan sempurna dan benar kecuali dengan dukungan fizikal yang kuat. Solat, puasa,haji dan zakat  memerlukan  fizikal yang sanggup menanggung beban kerja ,tugas  dan perjuangan dalam mencari rezeki ”

         

Sebagai konsekuensinya mereka juga sangat memperhatikan organisasi dan kelab-kelab olah raga sehingga menyamai atau bahkan berprestasi lebih baik daripada kelab-kelab olah raga yang ada di luar – Jamaah – bahkan yang professional sekalipun.

  • Rabithah ‘Ilmiyah Tsaqafiyah : kerana Islam  menjadikan aktivitis mencari ilmu sebagai satu kewajipan bagi setiap muslim atau muslimah . Begitu jua kerana forum-forum Ikhwan pada dasarnya adalah madrsah-madarasah taklim dan peningkatan wawasan serta lembaga-lembaga untuk mentarbiyah fizikal,akal fikiran dan rohani.

  • Syirkah Iqtishadiyah :kerana Islam sangat memperhatikan pendistribusian harta dan perolehannya .Itulah yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh orang yang diampuni”

“ Barang siapa kelelahan di sore hari kerana bekerja mengandalkan kemampuannya sendiri,ia menjadi orang yang diampuni”

“Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yang menekuni satu pekerjaan.”

  • Fikrah  Ijtima’iyah : kerana mereka sangat memperhatikan penyakit –penyakit yang melanda masyarakat Islam dan berusaha memberikan terapi serta solusinya.

      

6.0     JIHAD FI SABILILLAH  SENDI KEDAULATAN UMMAH

Perjuangan Ar-Rasul dan para sahabah dipenuhi dengan jihad dan melawan nafsu, berdakwah dan bermacam-macam lagi termasuklah qital(berperang). Semua ini telah dilakukan dengan penuh semangat dedikasi dan bersungguh-sungguh. Lantaran itu terpapar dalam sejarah Islam betapa mulia dan gagah dan besar semangat mereka di zaman mereka.

Semangat jihad kemudian diwarisi oleh para mujahid Islam seperti Imam Ahmad ibn Hanbal, Salahuddin al-Ayyubi , Ibn Taimiyyah dan lain-lain.Kemudian pada abad ke 20 mujahid lain sewperti Imam Hasan Al- Banna,Syed Qutb serta Syahid Abul ‘Ala Maududi , tidak ketinggalan juga para mujahid Afghanistan. Kita pula bagaimana teman?

6.1  ADA  APA  DENGAN JIHAD?          

Jihad dita’rifkan sebagai berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat atau untuk mencapai suatu perubahan yakni yang bersifat kema’rufan. Keluasan maknanya menjangkau dari perjuangan individu hingga jama’ah dari melawan hawa nafsu hinggalah ke peperangan melawan musuh di medan pertempuran.

Islam memilih jihad dan bukan ‘harb’. Ini kerana ‘harb’ mempunyai motif memperjuangkan sesuatu tujuan untuk sesuatu bangsan dan negara sedangkan jihad adalah satu perjuangan suci untuk kepentingan umat manusia sejagat demi kebahagiaannya.Tidak layak sama sekali hendak disamakan antara kedua-duanya.

         

Telah diriwayatkan oleh Abu Musa r.a. , seorang datang kepada Rasulullah s.a.w dan bertanya “ Seorang berperang untuk mendapatkan harta rampasan perang. Yang lain berperang untuk mencari kemasyuran dan yang ketiga berperang untuk menunjuk-nunjuk ; maka siapakah yang berperang di jalan Allah?”

Rasulullah berkata.. “sesiapa  yang berperang agar kalimah Allah menjadi agung, dialah yang berperang di jalan Allah ( Jihad Fi  sabilillah)  - [ Riwayat Bukhari]

Perjuangan di jalan Allah di sisi ditekankan bahawa ianya adalah untuk menjalankan tajdid Islam atau dengan lain perkataan untuk menjadikan system hidup Islam sebagai dasar hidup untuk manusia. Jihad Fi sabilillah juga tidak berunsurkan kedengkian atau mencari kepentingan-kepentinganyang lain baik oleh individu mahupun jama’ah.

6.2    PENSYARI’ATAN JIHAD DALAM  ISLAM..

Jihad  itu wajib bagi setiap individu Muslim. Suatu  Kenyataan yang mana mungkin kita nafikan kerana kenyataan itu sudah lama termaktub dalam kalam Allah yang Maha Agung iaitu Al-Quran . Baik lelaki mahupun perempuan ,terpikul kewajipan yang tidak dapat ditawar-menawar atau dengan kata lain, kewajipan jihad itu diperintahkan secara keras dan sesiapa yang melakukannya akan diberi pahala ‘mujahid’ dan ‘syuhada’ oleh Allah Yang Maha Esa .

Rasulullah s.a.w. juga berjihad iaitu memperjuangkan kalimah Allah dan menyebarkan dakwah ke seluruh umat manusia. Baginda telah menempuh pelbagai cabaran ,penentangan serta menghadapi dengan begitu hebat dari kaumnya sendiri,Quraisy dan Musyrikin Makkah .

Dakwah secara aman kurang mendapat sambutan, malahan penyeksaan dan penghinaan pula diberikan kepada Rasulullah s.a.w serta para pengikut Baginda . Pada peringkat awal dakwah Rasulullah di era Makkah dimana ketika itu jihad memerangi musuh masih belum disyari’atkan oleh Islam. Walaupun terdapat beberapa ayat yang diturunkan di era tersebut yang menyebut tentang jihad seperti di dalam :

`tBur y‰yg»y_ $yJ¯RÎ*sù ß‰Îg»pg䆠ÿ¾ÏmÅ¡øÿuZÏ9 4 ¨bÎ) ©!$# ;ÓÍ_tós9 Ç`tã tûüÏJn=»yèø9$# ÇÏÈ   

6. Dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

(Al-Ankabut : 6)

$uZøŠ¢¹urur z`»|¡SM}$# Ïm÷ƒy‰Ï9ºuqÎ/ $YZó¡ãm ( bÎ)ur š‚#y‰yg»y_ x8Ύô³çFÏ9 ’Î1 $tB }§øŠs9 y7s9 ¾ÏmÎ/ ÖNù=Ï㠟xsù !$yJßg÷èÏÜè? 4 ¥’n<Î) öNä3ãèÅ_ötB /ä3ã¤Îm;tRésù $yJÎ/ óOçFZä. tbqè=yJ÷ès? ÇÑÈ   

8. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan daku (dalam ibadatmu) Dengan sesuatu Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah Engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.

(Al-Ankabut : 8)

z`ƒÏ%©!$#ur (#r߉yg»y_ $uZŠÏù öNåk¨]tƒÏ‰öks]s9 $uZn=ç7ߙ 4 ¨bÎ)ur ©!$# yìyJs9 tûüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÏÒÈ   

69. Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-Ankabut : 69)

Namun jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad ma’nawi , bukan jihad yang melibatkan pertempuran dan peperangan .Dalam pada itu , kezaliman dan penyeksaan yang dilakukan terhadap kaum Muslimin  sudah sampai kemuncaknya apabila mereka telah dianiayai serta diusir dari rumah dan kampung halaman mereka sendiri . Bagi membela nasib orang – orang Islam serta mempertahankan maruah Islam dan Muslimin , maka Allah telah mensyari’atkan jihad dimana Allah telah berfirman yang bermaksud :

tbόé& tûïÏ%©#Ï9 šcqè=tG»s)ムöNßg¯RrÎ/ (#qßJÎ=àß 4 ¨bÎ)ur ©!$# 4’n?tã óOÏdΎóÇtR íƒÏ‰s)s9 ÇÌÒÈ   tûïÏ%©!$# (#qã_̍÷zé& `ÏB NÏd̍»tƒÏŠ ÎŽötóÎ/ @d,ym HwÎ) cr& (#qä9qà)tƒ $oYš/u‘ ª!$# 3 Ÿwöqs9ur ßìøùyŠ «!$# }¨$¨Z9$# Nåk|Õ÷èt/ <Ù÷èt7Î/ ôMtBÏd‰çl°; ßìÏBºuq|¹ Óìu‹Î/ur ÔNºuqn=|¹ur ß‰Éf»|¡tBur ãŸ2õ‹ãƒ $pkŽÏù ãNó™$# «!$# #ZŽÏVŸ2 3 žcuŽÝÇZuŠs9ur ª!$# `tB ÿ¼çnçŽÝÇYtƒ 3 žcÎ) ©!$# :”Èqs)s9 î“ƒÌ“tã ÇÍÉÈ   

39. Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

40. Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -

(Al-Hajj : 39-40)

Mereka mendapat keizinan untuk berjihad semasa proses Hijrah ke Madinah. Namun pada tahap ini , Allah s.w.t membenarkan orang-orang Islam berperang tetapi bukan mewajibkannya . Selepas berhijrah ke Madinah , Rasulullah s.a.w  berjaya menyediakan barisan pejuang yang sanggup berjihad pada jalan Allah dan berkorban demi Islam .

Pada sekitar akhir tahun pertama atau tahun kedua selepas hijrah , Allah s.w.t. telah mewajibkan jihad fi sabilillah ke atas kaum Muslimin.Ini dinyatakan menerusi ayat 216 dalam surah al-Baqarah . Allah telah berfirman :

|=ÏGä. ãNà6ø‹n=tæ ãA$tFÉ)ø9$# uqèdur ×nöä. öNä3©9 ( #Ó|¤tãur br& (#qèdtõ3s? $\«ø‹x© uqèdur ×Žöyz öNà6©9 ( #Ó|¤tãur br& (#q™6Åsè? $\«ø‹x© uqèdur @ŽŸ° öNä3©9 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ óOçFRr&ur Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇËÊÏÈ   

216. Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Allah juga berfirman dalam surah Al-Baqarah pada ayat 190 yang membawa maksud :

(#qè=ÏG»s%ur ’Îû È@‹Î6y™ «!$# tûïÏ%©!$# óOä3tRqè=ÏG»s)ムŸwur (#ÿr߉tG÷ès? 4 žcÎ) ©!$# Ÿw =ÅsムšúïωtG÷èßJø9$# ÇÊÒÉÈ   

190. Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang menceroboh.

Terdapat hampir 26 istilah jihad yang disebut di dalam surah-surah madaniyyah[1]. Kebanyakannya dengan jelas membawa maksud berperang pada jalan Allah s.w.t. Jihad kemudiannya diwajibkan terhadap mereka yang tidak beriman kepada Allah s.w.t dan juga golongan Musyrikin yang menyekutukan Allah s.w.t.

Secara perbandingan, keadaan kaum Muslimin di Makkah sebelum Hijrah agak lemah, memandangkan pengikut Nabi Muhammad s.a.w masih sedikit dan mereka merupakan golongan minoriti yang sering ditindas. Sebaliknya semasa di Madinah, Islam berkembang dan memperkukuhkan pengaruhnya. Setelah wujudnya kerajaan dan pemerintahan Islam yang kukuh di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. jihad telah disyari’atkan.

7.0   BEBERAPA HUKUM MULA EKSIS RENTETAN PERANG UHUD

Kalau perang Badar merupakan keizinan untuk berperang,maka perang Uhud pula mengandungi huraian-huraian kepada hukum-hukum yang berkaitan dengan peperangan secara adil daripada baginda s.a.w ,di antaranya ialah :

§         Umur yang dihadkan kepada kewajipan berjihad  di medan perang adalah 15 tahun, kecuali pada orang yang mempunyai kekuatan dan kebolehan yang dapat memberi peranan di medan perang walaupun umurnya tidak mencukupi 15 tahun.

§         Baginda s.a.w mengizinkan muslimat keluar berjihad untuk membantu menyediakan makan minum dan urusan rawatan. Kadang-kadang mereka terlibat juga dengan pertempuran secara tidak langsung apabila keadaan memerlukan.

§         Di haruskan kepada orang-orang yang berjihad secara beramai-ramai melalui tanah milik perseorangan kerana baginda s.a.w telah mengambil langkah ini dalam perang Uhud.

§         Mayat-mayat syuhada’ tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disembahyangkan(mengikut mazhab syafi’e) tetapi dikebumikan dengan pakaiannya yang berlumuran darah kecuali kalau pakaiannya dirampas oleh musuh.

§         lebih afdal lagi para syuhada’ dikebumikan di tempat mereka bertempur supaya orang yang menziarahi mereka mendapat dua pengajaran iaitu pengajaran syahid dan jihad.

§         Harus mengebumikan dua tiga orang pada satu lubang dengan meletakkan ke hadapan orang yang banyak menghafaz al-Quran.

§         Rasulullah s.a.w membayar diat kepada keluarga si mati yang gugur syahid terkena senjata sesama sendiri secara tidak sengaja.

§         Orang-orang yang uzur dimaafkan tetapi kalau mereka keluar berjihad maka diberi pahalanya dan kalau terbunuh di kira syahid.

§         Kewajipan bermesyuarat kepada pimpinan dalam perkara-perkara yang tidak ada nas.

8.0  PENUTUP

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kedudukan dan sejarah haraki dan cara yang wajar untuk menegakkan kalimah Allah.Seperti yang diketahui, Islam berbentuk “alamiyah” universal dan menuntut kebebasan manusia dari diperhambakan oleh manusia yang lain, yang Maha Agung hanyalah Allah semata-mata.



[1] Surah-surah madaniyyah ialah surah yang diturunkan selepas Hijrah

ASAS-ASAS ISLAM FASAL 1 : AGAMA ISLAM

December 28th, 2005 by shark

Banyak agama dinamakan bersempena nama orang atau bangsa seperti Agama Al-Masehi diambil dari Al-Masih a.s. Agama Yahudi diambil dari satu Kabilah Yahuda. Tapi berlainan pula halnya dengan agama Islam yang tidak didasarkan pada seseorang atau bangsa. Islam membawa rahmat kepada sesiapa yang meyakini kebenarannya dan kepada alam seluruhnya bukannya pada sesuatu bangsa yang khusus. Tidaklah Allah mengutuskan Nabi Muhammad melainkan menjadi rahmat bagi semesta alam.

MAKNA PERKATAAN ISLAM

Seperti yang kita sedia maklum Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan larangannya tanpa bantahan.

HAKIKAT ISLAM

Seluruh alam menyerah, tiada kuasa baginya untuk menghindari undang-undang semesta yang telah menetapkan sifat tabi’inya. Setiap apa yang ada di langit dan bumi tunduk dan patuh pada perintah-Nya. Oleh itu, setiap sesuatu seperti pohon, manusia, panas, planet, kegelapan adalah muslim (lihat makna Islam) hatta orang yang kufur sekalipun kerana secara fitrahnya dia adalah muslim (hidup matinya ditentukan Allah).

Mari kita lihat hakikat Islam dari sudut yang lain pula. Dalam hidup manusia, wujudnya 2 pihak yang berlainan.

Golongan pertama: Golongan ini adalah muslim yang telah tercipta atas Islam yang telah terfitrah untuk melaziminya.

Golongan yang lain: Islam atau tidaknya golongan ini adalah dengan pilihan yang menyebabkan manusia tergolong kepada 2 golongan. Ada yang mengenal penciptanya, maka secara rela, gemar dan taat memilih untuk mematuhi Tuhannya. Urusan hidupnya berlandaskan undang-undang Allah. Allah megurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar. Oleh kerana semua makhluk tunduk kepada Allah, maka setiap benda di dunia adalah untuk dirinya dan dirinya adalah untuk Allah.

"Katakanlah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam." (Al-An’am: 162)

HAKIKAT KUFUR

Kita sedia maklum bahawa semua manusia tidak dilahirkan melainkan dalam fitrah Islam. Kufurnya manusia apabila mengingkari kewujudan Tuhan mahupun menyekutukanNya dengan sesuatu. Kufur ialah tutup, dinding dan terlindung. Seperti menutup baju di atas baju besi yang dipakainya iaitu menutup fitrahnya dengan kejahilan dan kejahatan. Mereka tidak menggunakan akal dan ilmu untuk kenal Allah, tetapi untuk perkara yang bertentangan dengan fitrah dirinya dan seluruh alam.

KEMUDARATAN KUFUR DAN KESAN JAHATNYA

Kufur adalah kejahilan yang hakiki kerana tidak mengenal Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini termasuk dirinya sendiri. Kufur adalah suatu kezaliman kerana menggunakan ciptaan Allah berlawananan dengan fitrahnya yang terikat kepada perintah Allah, fitrah Islam. Sememamgnya Allah memberi manusia haq untuk menggunakan anggota badannya tetapi bagaimana halnya jika digunakan untuk perkara yang tidak diredhai Allah sedangkan ianya adalah kepunyaan Allah? Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghendaki hidupnya untuk menzalimi segala yang ada di dunia ini sekalipun dirinya? Adakah kekafirannya dapat memudharatkan Allah? Tentunya tidak sama sekali kerana perbendaharaan di langit dan bumi segalanya sujud pada Allah dan Allah merupakan tempat pergantungan segala makhluk.

Natijah kekufuran ini ialah ia tidak mendapat petunjuk kepada ilmu yang lurus selama-lamanya dan cenderung berbuat mungkar di atas muka bumi.

Di akhirat, anggota badannya menjadi saksi di atas segala penyelewengannya di hadapan mahkamah Allah.

FAEDAH-FAEDAH ISLAM

Berbeza dengan yang lainnya. Allah telah mengurniakan kepada kita sebagai manusia, kebebasan mempunyai kemahuan, penguasaan ilmu pengetahuan, kekuatan berfikir dan kesanggupan membezakan perkara yang baik dan jahat. Oleh itu ada yang berjaya dan ada yang gagal dalam menempuh ujian hidup ini.

Apakah perkara yang dilakukan sehingga seseorang itu berjaya? Tentunya ilmu dan amal kerana orang yang mengenal Tuhannya dan sifat-sifatNya telah mengenal permulaan ilmu dan kesudahannya. Dengan ilmu, dia dapat mencungkil perbendaharaan yang tersembunyi dan taqwanya kepada Allah menghalang dirinya dari menyalahgunakan ilmu yang diperolehnya kerana ilmu dapat meningkatkan keimanan kepada Allah.

Seorang Muslim dan seorang kafir tidak berbeza apabila mencari hakikat dalam banyak lapangan ilmu. Berbezanya mereka kerana seorang muslim mempelajari ilmu dengan tujuan yang baik dan untuk mencari natijah yang sihat.

Dalam diri Muslim itu ditanamkan keyakinan bahawa Allah memperhatikan segala tindak-tanduknya. Tiada kekuatan untuknya melakukan kemaksiatan, kemungkaran dan kebinasaan di atas muka bumi ini malahan sanggup melakukan kebaikan dan ihsan kepada manusia dan makhluk lain.

Maka dengan itu, amanlah kepada mereka yang beramal dengan ajaran Islam baik di dunia mahupun di akhirat.

ASAS-ASAS ISLAM FASAL 2 : IMAN DAN TAAT

December 28th, 2005 by shark

Kita mafhum bahawa Islam itu taat akan Allah dan patuh serta tunduk akan suruhan-Nya.

Perkara yang ingin dikupas di sini ialah kita tidak mampu mentaati Allah, mengikuti-Nya dan melalui jalan-Nya melainkan apabila mengetahui sesuatu perkara itu sampai kepada peringkat yakin.

Abul A’ala al-Maududi menegaskan bahawa perkara fundamental pertama bagi manusia itu, hendaklah ia yakin akan adanya Allah. Rasulullah sendiri pernah bersabda "Awwaladdinu, huwa ma’rifatullah. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa pengenalan atau kefahaman kepada sesuatu perkara adalah pertama sekali yang mesti ada pada individu yang ingin melakukan perkara tersebut.

Dari situlah, manusia berhajatkan ilmu yan benar diyakini dapat memandu manusia mengenal jalan yang diredhai-Nya.

Kemudian, hendaklah manusia itu tahu baik buruk akibat perbuatannya.

Bagaimana manusia boleh menahan dirinya daripada berelumang dengan dosa selagi ia tidak takut kemurkaan Allah terhadapnya? Begitulah juga jika sebaliknya.

Maka, jelaslah di sini bahawa jika kita hendak melalui jalan yang benar, kita mesti mengetahui destinasi terakhirnya. Kita kenal hingga sampai peringkat yakin dan boleh dipercayai. Natijahnya, tiada lagi alasan untuk kita mengingkari ajaran-Nya.

Makna iman

Dari subtopik pertama tadi, dapat disimpulkan bahawa iman itu ialah meyakini dalam hati, mentasdiqkan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan. Kita kenal, kita yakin dan kita amal. Apabila ketiga-tiga elemen ini wujud, itulah dia mukmin? Seorang mukmin itu muslim. Namun, tidak semestinya muslim itu seorang mukmin?

Justeru, manusia itu terbahagi kepada 4 golongan iaitu ;

  • Manusia yang beriman dan mentaati Allah dengan sempurna.

  • Manusia yang beriman tetapi tidak mentaati Allah dengan sempurna.

  • Manusia yang tidak beriman kepada Allah tetapi melakukan perbuatan-perbuatan yang menyerupai Muslim. Hakikatnya mereka adalah pemberontak kerana perbuatan yang dilakukannya tidaklah kerana taatkan Allah dan tidak bererti ia setuju dengan perintah dan ajaran-Nya.

  • Manusia yang tidak beriman kepada Allah dan mengingkari ajaran-Nya. Merekalah seburuk-buruk manusia, pemberontak yang menimbulkan kefasadan.

Kesimpulannya, iman itu jelas sekali membawa manusia kepada kebahagiaan dunia dan Akhirat. Islam tidak akan lahir ( sempurna atau cacat ) tanpa manipulasi daripada iman itu sendiri.

Jalan untuk sampai kepada ilmu dan yakin

Tidak dinafikan lagi, iman itu mencetuskan ketaatan. Namun apakah cara untuk mencapai ilmu yang benar dan keyakinan yang utuh lagi teguh akan sifat-sifat Allah, undang-undang-Nya dan kehidupan akhirat ?

Manusia tidak mampu memikirkan perkara-perkara yang tidak terjangkau dek akal yang terbatas ini. Tetapi Allah tidak sesekali membebani hamba-Nya  tanpa rahmat dan kasih-sayang-Nya. Lalu diutuskan di kalangan manusia itu sendiri Rasul yang benar lagi membenarkan.

Adapun, manusia yang mendustakan kebaikan dan meninggalkan orang yang mengajarkannya , maka ia telah menzalimi dirinya daripada mengenal dan menerima hak dan kebenaran. Dipalingkan daripada dirinya ilmu yang benar tentang Allah, undang-undang-Nya dan kehidupan akhirat. Nauzubillahiminzalik.

Iman kepada yang ghaib

Apa maknanya ya ? Definisinya ialah kita mengenal sesuatu yang kita tidak tahu dengan merujuk kepada seorang alim yang kita percayakan kata-katanya.Kita tidak pasti perbendaharaan Allah macam mana. Kita juga tidak tahu berkenaan malaikat-malaikat, bilakah akhirat itu dan bagaimanakah suasananya.

Subhanallah, Allah itu Maha Mengetahui. Diutuskan seorang lelaki yang benar-benar dipercayai, ditanzilkan padanya Al-Quran bagi menjawab persoalan-persoalan sebegini iaitu Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW. Begitu juga kaum-kaum terdahulu, diutuskan kepada setiap mereka seorang Rasul sebagai penyampai kebenaran. Mana mungkin seorang pendusta diutuskan untuk menyampaikan risalah Tuhan-Nya.

Pada pendapat penulis, akal yang logik anugerah Tuhan ini juga mampu menjawab persoalan-persolan yang sering berlegar di benak fikiran kita. Contohnya, bagaimana Malaikat Izrail mencabut nyawa berjuta-juta manusia di seluruh pelosik dunia ?

Kalau seorang manusia dapat mematikan ribuan lampu elektrik dalam satu detik dengan hanya menekan satu suis, apa pula susahnya bagi malaikat untuk mencabut nywa manusia. Besarnya Bumi ini jika dibandingkan planet lain, tidak lebih dari sebutir debu belaka. Dan manusia yang mendiami Bumi ini hanyalah merupakan seperjuta debu. Apakah sukar bagi malaikat mencabut nyawa manusia ? Tambahan pula, janganlah kita menilai malaikat seperti seorang manusia biasa.

Konklusinya, inilah keimanan kita kepada benda-benda ghaib. Tidak mungkin kita sewenang-wenangnya taatkan Allah tanpa mempercayai dan meyakini ilmu yang disampaikan itu tidak dapat tidak mestilah melalui perutusan seorang Rasul.